Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Kemunculan Kembali 2015
Apa yang kembali, adalah mata dan password blog ini...
setelah hampir dua tahun menyepi, admin cuba bangitkan semuala blog ini...semoga kita sama-sama mendapat manafaat..
*
Blog ini dbina berdasarkan atas perinsip perkongsian...ia hanyalah pemuka bagi semua pelajar dan guru di Malaysia...kongsi soalan, santai minda, teknik belajar, bahan P&p, Teknologi Komputer, duit masuk dan Motivasi...PERKONGSIAN SEMUA ILMU YANG BERGUNA..
Posted by educare at 7/27/2015 10:45:00 PM 0 comments
Posted by educare at 2/08/2013 03:14:00 PM 0 comments
Labels: Berita
Assalamualaikum!
Sudah sekian abad lamanya blog ini di diupdate..hampir hampir pupus...apa sebabnya...tidak ada motivasi dalaman....jawapan yang ringkas dan bersahaja..
Posted by educare at 2/06/2013 11:01:00 PM 0 comments
Sumber: Utz Nor Amin
IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.
Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.
"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.
Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.
Ulasan Saya
Sebelum ini saya ada membuat artikel yang berkaitan poco-poco ini, waktu itu saya dapati tiada lagi fatwa-fatwa yang berkaitan dengan poco-poco. Sekarang ini sudah ada fatwa yang menyatakan bahawa poco-poco ini haram atas sebab-sebab tertentu. Maka lebih elok di sini kita guna pakai fatwa tersebut, kerana mereka adalah orang yang lebih layak untuk menentukan sesuatu hukum. Maka di sini saya membatalkan artikel saya yang lama atas alasan artikel itu sudah tidak valid lagi kerana sudah ada fatwa yang berkaitan dengan masalah ini.
Di bawah ini saya masukkan artikel saya yang lepas mengenai poco-poco untuk bacaan semua. Page artikel tersebut terpaksa saya hazafkan atas sebab-sebab tertentu.
Artikel poco-poco pada tarikh 14/07/2010 :
Assalamualaikum,ustaz...
Kilang tempat saya bekerja menganjurkan aktiviti tarian poco-poco setiap pagi sebelum masuk bekerja sebagai satu bentuk riadah ataupun senaman.Di sini timbul kemusykilan.
Poco poco tersebut dilakukan bersama sama lelaki dan perempuan(campur)dan disertai oleh orang islam dan bukan islam.Guru tersebut juga adalah perempuan dan semua termasuk lelaki juga terpaksa belajar dengannya atas suruhan pihak atasan.Pergerakkan poco poco tersebut mengkehendaki seseorang untuk 'berlenggok-lenggok' dan bergoyang-goyang' dalam aksi yang hanya sesuai di lakukan oleh perempuan sahaja.
Posted by educare at 4/11/2011 02:45:00 PM 0 comments
Labels: Bicara Agama
Posted by educare at 4/08/2011 02:32:00 PM 0 comments
Labels: pendidikan seumur hidup
PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini, Rabu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.
Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.
Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.
Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.
Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.
Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.
Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.
Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.
Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding tiga peratus pada tahun 2000.
"Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju," katanya.
- BERNAMA
Posted by educare at 12/23/2010 09:45:00 AM 0 comments
Labels: Berita