* Pendidikan Seumur Hidup: March 2008

Sunday, March 30, 2008

Kemahiran Memfokus

Agak terlalu lama untuk tidak menulis disini...apa dah jadi sebenarnya? Sibuk? Tidak ada masa?..semua itu alasan-alasan yang biasanya sempat difikirkan...apa yang kita nak kongsi ..

FOKUS..

Setiap pekerjaan yang kita lakukan perlu ada matlamat dan arah tuju. Matlamat perlu jelas agar apa yang kita hendak lakukan akan tercapai. Banyak perkara yang boleh menjejaskan kualiti kerja yang kita sedang atau akan silakukan iaitu kekurangan fokus...Berapa kerap kita memfokuskan tehadap apa yang kita hendak buat? Kita sering kali berfikir tentang TAKUT...takut gagal, takut susah, takut tidak dihormati dan takut blog ini tidak dibaca orang..TANPA sebarang tindakan. Tanpa melakukan apa-apa terhadap takut kita, motivati terhadap sesuatu perkara akan berkurang.

Sekiranya kita terperangkap dengan takut apa yang kita fikirkan, PERTAMA fokuskan sepenuh tenaga kepada goal yang telah kita setkan. Dimana secara tidak langsung akan mensetkan tindakan. Paling penting bagaimana untuk mengukur tahap kejayaan kita (apa yang kita rangcang).

Dengan memfokuskan minda dengan positif goal (bukan perasaan takut), kita telah menyuruh otak untuk bekerja. MULA dari sekarang bukan esok atau sebentar lagi. Dengan itu ini akan memotivasikan diri kita untuk bekerja..

Related Posts with Thumbnails