* Pendidikan Seumur Hidup: October 2008

Tuesday, October 28, 2008

Pelajar Perempuan Tendang Guru Disingkir

Sistem Pendidikan kita dicemarai lagi dengan insiden guru dan pelajar. Kali ini antara guru wanita dan pelajar perempuan. Akhirnya pelajar yang cuba menendang guru disingkirkan. Apakah ini kesudahannya. Ini penyelesaian yang baik dalam Sistem Pendidikan kita. Baca berita dari Utusan Malaysia.

KANGAR 28 Okt. — Seorang pelajar perempuan yang bertindak ganas dengan menendang seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis dekat sini baru-baru ini disingkir daripada sekolah itu berkuatkuasa hari ini.

Pengarah Pelajaran Perlis Mansor Lat ketika dihubungi Bernama hari ini berkata keputusan menyingkirkan pelajar tingkatan dua itu diputuskan Jawatankuasa Disiplin sekoleh itu namun beliau tidak menyatakan bila keputusan itu dibuat.

Sebelum ini, pelajar berusia 14 tahun itu yang menendang guru sivik, Azhana Ibrahim, 27, di dalam bilik darjah sekolah itu pada 16 Okt lalu telah digantung persekolahannya selama seminggu untuk siasatan.

Bagaimanapun setelah siasatan selesai, jawatankuasa itu memutuskan pelajar itu disingkir daripada sekolah yang sebahagian besar pelajarnya berketurunan Cina.

Bagaimanapun, Mansor berkata pelajar itu tetap diberi peluang mengemukakan rayuan kepada Jabatan Pelajaran Perlis untuk membolehkannya dipertimbangkan menyambung persekolahan di sekolah-sekolah lain.

Friday, October 24, 2008

Jadual SPM 2008

Peperiksaan SPM semakin hampir, sila rujuk Jadual SPM 2008 dan boleh download untuk simpan softcopy >> JADUAL SPM 2008

Friday, October 17, 2008

Trial SPM MRSM 2008

Soalan SPM trial dari MRSM untuk kita sama-sama cuba.
  1. Bahasa Melayu - [K1] [K2]
  2. Bahasa Inggeris - [K1] [K2]
  3. Matematik - [K1] [K2]
  4. Sejarah - [K1] [K2]
  5. Pendidikan Agama Islam - [K1] [K2]
  6. Matematik Tambahan - [K1] [K2]
  7. Kimia - [K1] [K2] [K3]
  8. Fizik - [K1] [K2] [K3]
  9. Biologi - [K1] [K2] [K3]
  10. Prinsip Perakauan - [K1] [K2]

Monday, October 13, 2008

Heroes TV Season 3


"One of Us, One of Them"

Take a break...Yeah… My favourite TV series - Heroes season 3 is finally shown...


Heroes Season 3 - Episode 1

Heroes Season 3- Episode 2

Enjoy it!!


PMR Bermula

Peperiksaan PMR dah pun bermula hari ini. Hari pertama kita dah dengar pelbagai komen dari pelajar. Susahlah...tak fahamlah. Apa pun kena hadapi la...

Pendidikan merupakan sesuatu bidang yang berterusan, perlu sentiasa dikaji, dididik dan diberi suntukan motivasi. Rujuk balik bagaimana nak menghadapi peperiksaan melalui tip "7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan".

Semoga semua pelajar dapat melakukan yang terbaik....KITA BOLEH.

Related Posts with Thumbnails