* Pendidikan Seumur Hidup: May 2008

Sunday, May 25, 2008

Apa Yang Telah Kita Lakukan Pada Hari Ini..

Terlebih dahulu kita ucapkan selamat bercuti kepada semua..pelajar dan sebahagian daripada guru. Cuti sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh sesetengah orang kerana banyak aktiviti yang kita boleh buat semasa cuti ni. Kenduri kahwin, jalan-jalan makan angin, melawat saudara, bersihkan rumah, kumpulkan tenaga, kumpulkan duit.....bagi pelajar - kaji balik keberkesana sistem belajar kita..efektif..perlu penambahbaikan? Perlu input motivasi.

Apa maknanya cuti kepada kita semua?

Ada satu tip yang boleh kita kongsi bersama..iaitu Do The Things You Do Last-First

Adakah setiap daripada kita mempunyai senarai semak perkara yang perlu dilakukan pada hari ini? Mengulangkaji pelajaran, membuat kerja sekolah, telefon kawan, tolong emak / ayah, dan sebagainya. Adakah kita mematuhi setiap yang kita catatkan atau cuma sebagai catatan?

Yang mana perlu kita buat dahulu...? Ini caranya..
1. Fikirkan apa yang akan/perlu kita lakukan dalam masa 1 tahun, 6 bulan, 3 bulan, 1 bulan dan 1 minggu.
2. Senaraikan mengikut kepentingan. 1 tahun, 6 bulan, 3 bulan, 1 bulan dan 1 minggu.
3. Lakukan apa yan di rancang.

Wah senang sahaja..semua orang tahu perkara ini. Tetapi masih ramai pelajar kita "gagal". Sebenarnya kebanyakan daripada kita tidak tahu yang mana hendak dilakukan dahulu...

OK ambil contoh senarai semak untuk 1 hari (jangan tengok untuk 1 tahun...kalau 1 hari gagal, 1 tahun apatah lagi). Setelah kita senaraikan mengikut kepentingan..lakukan apa yang dirancang..JANGAN buat benda lain sehingga selesai perkara yang sedang dibuat. Do The Things You Do Last-First.

Itucaranya sebelum kira tidur malam, periksa kembali senarai semak..adakah kita berjaya lakukan semuanya? YA-BAGUS, TIDAK-sambung besok hari dan cari cara lain untuk menyelesaikannya..mungkin dengan bantuan orang lain.!

Cuti ni pula perlu kita periksa balik bagi tempoh 6 bulan...buat penambahkaitan..Insyallah kita boleh lakukan....

Efficiency is doing things right. Effectiveness is doing the right thing. - ZIG ZIGLAR

Related Posts with Thumbnails