* Pendidikan Seumur Hidup: Teknik Belajar
Showing posts with label Teknik Belajar. Show all posts
Showing posts with label Teknik Belajar. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

Tip Rajin Belajar

Anak-anak sememangnya anugerah Tuhan kepada kita. Apa yang membuatkan kita bahagia ialah semasa pulang kerja dan disambut dengan helai tawa anak-anak. Masa kecil ditimang ibu....
Sekarang dah masuk bulan Februari...kita boleh lihat anak-anak disekolah tekun menuntut ilmu...ramai juga dah menunjukkan tanda-tanda kebosanan. Yap apa nak buat...ibu bapa perlu ambil peranan...meh kita kongsi tip unutk rajin belajar

Tip Rajin Belajar : 
1. Niat
Semua pelajar mesti betulkan niat..nak belajar atau nak buang masa dengan kawan-kawan...sama juga macam kita nak sembahyang...jika niat kita terpesong atau tak kuat dalam hati..namanya kita berada didunia lain la masa (berkhayal)

2. Azam
Setiap kali nak tidur kuatkan azam.."aku nak ke sekolah besok dan belajar bersungguh-sungguh, apa yang guru ajar, apa yang aku lihat, dengar dan buat Insyallah ingat"
 Setiap kali bangun pagi..ulang balik azam kita malam tadi.

3. Perancangan
yah ini yang payah ni..macam mana nak buat perancangan...kena buat jadual ka...Yap paling senang sekali...buat jadual study..dan jadual study ni kenala review selalu..ubah jika perlu..jumpa guru kaunseling kalau tak tahu. Berbincang dengan kawan-kawan..rujuk pelajar cemerlang di sekolah.

4. Idola
cewah...idola pula..ye la kalau kita rujuk idola kita tentu kita nak berjaya macam dia..contohnya kita ambil idola Rasullah. betapa tekunnya bagina berjihat walaupun mendapat tentangan dari kaumnnya sendiri. @  Nur Amalina Che Bakri. dapat semua A dalam SPM. dah la tu bakal dapat double degree (MBChB and B Med Sc) macamnan dia boleh berjaya..kak ka beli lah buku dia.

5. Berdoa
Semua agama menggalakkan umatnya berdoa..doa, doa doa....SENJATA utama kita...tanya la ustaz..cara berdoa.

6. Mohon restu ibubapa
Kerestuan ibu bapa juga penting..apa nak malu minta restu..cuma minta ampun dari ibu dan bapa setiap hari minta halal makan minum dan mintakan ibubapa doakan kat kita..mana ada ibubapa tak suka anaknya berjaya kan

7.Kawan
Ha ha ni pun part yang susah ni..pendek cerita...kawan untuk menangis sekali tak ramai...kawan untuk ketawa..ramai..ka ka ka. pilihlah kawan yang boleh membetulkan kesilapan kita..ingat mengingati

la sampai 7je...sapa-sapa ada tip lain kongsi sama..



Sunday, March 1, 2009

Train Your Brain With Exercise

Not only is exercise smart for your heart and weight, but it can make you smarter and better at what you do.


Anyone with a brain exercises these days, but did you know exercise can return the favor and train your brain? Not only is exercise smart for your heart and weight, but it can make you smarter and better at what you do.

"I like to say that exercise is like taking a little Prozac or a little Ritalin at just the right moment," says John J. Ratey, MD, an associate professor of psychiatry at Harvard Medical School and author of A User's Guide to the Brain. "Exercise is really for the brain, not the body. It affects mood, vitality, alertness, and feelings of well-being."

Stephen C. Putnam, MEd, took up canoeing in a serious way to combat the symptoms of adult ADHD (attention deficit hyperactivity disorder). Then he wrote a book, titled Nature's Ritalin for the Marathon Mind, about the benefits of exercise on troublesome brain disorders such as ADHD, a neurological/behavioral condition resulting in hyperactivity and the inability to focus on tasks.

Putnam cites studies of children who ran around for 15 to 45 minutes before class and cut their ants-in-the-pants behavior by half when they got to class. As with most exercise, the effects were relatively lasting -- smoothing out behavior two to four hours after the exercise.

Putnam also points to some preliminary animal research that suggests that exercise can cause new stem cells to grow, refreshing the brain and other body parts. According to Ratey, exercise also stimulates nerve growth factors. "I call it Miracle-Gro for the brain," he says.

How Exercise Trains the Brain

Christin Anderson, MS, wellness and fitness coordinator of the University of San Francisco, explains that exercise affects many sites within the nervous system and sets off pleasure chemicals such as serotonin and dopamine that make us feel calm, happy, and euphoric.

In other words, if you don't want to wait for those good feelings to come by accident (if they do), you can bring them on by exercising.

"When one exercises," Anderson says, "you can think more clearly, perform better, and your morale is better. This is pure science -- stimulate your nervous system and function at a higher level."

Effects of Exercise on Depression

Almost everyone has heard of the "fog of war," but the "fog of living" is depression. "Depression affects memory and effectiveness (not to mention the ability to get up, get dressed, and function)," Anderson says. "If you can control your physiology, you can relax, focus, and remember."

In a study reported in the Journal of Sports Medicine and Physical Fitness in 2001, 80 young male and female volunteers were tested for mood and then did aerobics for an hour. Of the 80, 52 were depressed before the exercise. That group was the most likely to benefit, reporting a reduction in anger, fatigue, and tension. They also felt more vigorous after the workout.

By Jean Lawrence WebMD Feature Reviewed by Amal Chakraburtty, MD

details : WebMD

Saturday, February 14, 2009

11 Cara Tingkatkan Kuasa Ingatan


11 Langkah Untuk Meningkatkan Kuasa Ingatan

1. Kuatkan keinginan untuk mengingat.

2. Dapatkan pengertian yang sebenar-benarnya dan fahamkan apa yang dibaca.

3. Belajarlah dengan kaedah-kaedah aktif termasuk memberi perhatian yang teliti, mendengar dengan teliti, berbincang membuat nota-nota ringkas dan menulis esei.

4. Fikirkan kita mencari pengesan sesuatu bentuk. Aturlah bahan-bahan yang akan dipelajari mengikut susunan yang logik dan nomborkan isi-isi penting.

5. Selalulah mengulangkaji.

6. Carilah perkataan-perkataan yang akan menjadi kunci atau rangkaikata-rangkaikata yang boleh dijadikan punca sesuatu idea.

7. Gambarkan idea-idea itu menerusi contoh-contoh, penjelasan, gambar dan gambar rajah.

8. Bagi perkara yang dihafal, tulislah di dalam buku-buku kecil (saiz poket) atau kad-kad. Bacalah nota-nota ini berulang kali.

9. Cubalah mengingati faktor-faktor yang mudah anda lupa dengan mengaitkannya pada suatu faktor yang berkaitan, seperti di mana anda membaca bahan tersebut, dengan siapa anda berbincang mengenainya dan sebagainya.

10. Pelajarilah berulang-ulang dan bersungguh-sungguh sehingga semua faktor tersebut telah anda kuasai sepenuhnya. Ujilah kemampuan anda secara berperingkat dengan mengadakan latihan-latihan mengingat semula sehari selepas itu, seminggu kemudian, dua minggu kemudian dan seterusnya.

11. Cuba gunakan apa yang telah anda pelajari untuk praktikal.

Thursday, August 21, 2008

Kemahiran Belajar - 7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan

Ebook Percuma !!!

Menjelang peperiksaan, anda mungkin rasa resah dan gelisah. Anda mungkin rasa berdebar dan tidak senang duduk. Anda juga mungkin rasa semakin tertekan apabila hari peperiksaan kian hampir.

Namun, apa yang paling membimbangkan ialah, semua perasaan ini membuat semangat anda semakin menurun dan anda hilang tumpuan pada pelajaran anda.

Apakah yang dapat anda lakukan untuk mengatasi masalah begini? Bolehkah anda menaikkan tahap motivasi diri anda sendiri menjelang peperiksaan?

Dapatkan ebook mini bertajuk " 7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan" hasil tulisan Osman Affan.

Terima kasih kepada Osman Affan kerana memberikan kita secara PERCUMA. Download

Sunday, March 30, 2008

Kemahiran Memfokus

Agak terlalu lama untuk tidak menulis disini...apa dah jadi sebenarnya? Sibuk? Tidak ada masa?..semua itu alasan-alasan yang biasanya sempat difikirkan...apa yang kita nak kongsi ..

FOKUS..

Setiap pekerjaan yang kita lakukan perlu ada matlamat dan arah tuju. Matlamat perlu jelas agar apa yang kita hendak lakukan akan tercapai. Banyak perkara yang boleh menjejaskan kualiti kerja yang kita sedang atau akan silakukan iaitu kekurangan fokus...Berapa kerap kita memfokuskan tehadap apa yang kita hendak buat? Kita sering kali berfikir tentang TAKUT...takut gagal, takut susah, takut tidak dihormati dan takut blog ini tidak dibaca orang..TANPA sebarang tindakan. Tanpa melakukan apa-apa terhadap takut kita, motivati terhadap sesuatu perkara akan berkurang.

Sekiranya kita terperangkap dengan takut apa yang kita fikirkan, PERTAMA fokuskan sepenuh tenaga kepada goal yang telah kita setkan. Dimana secara tidak langsung akan mensetkan tindakan. Paling penting bagaimana untuk mengukur tahap kejayaan kita (apa yang kita rangcang).

Dengan memfokuskan minda dengan positif goal (bukan perasaan takut), kita telah menyuruh otak untuk bekerja. MULA dari sekarang bukan esok atau sebentar lagi. Dengan itu ini akan memotivasikan diri kita untuk bekerja..

Saturday, September 29, 2007

Kemahiran Belajar

Pernahkah kita membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di dalam ingatan?. Pernahkah kita merasa kecewa atas segala usaha yang kita telah laksanakan tersebut?. Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah tidak sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah dalam belajar adalah kita mempelajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang berkesan untuk mendapat ingatan yang maksimum.
Mengingat merupakan satu perkara yang boleh dipelajari. Apabila sesuatu perkara yang kita baca tetapi tidak boleh kita ingati, ia akan menjadi hanya proses ingatan jangka pendek. Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita cuba mangingat. Apabila kawan bertanya kita, selalunya ada perkara yang kita boleh ingat dan sebahagiannya kita terlupa. Contoh yang kedua pula misalnya nombor kad pengenalan yang kita ingat. Nombor kad pengenalan yang kita ingati itu adalah proses ingatan jangka panjang. Contoh proses ingatan jangka panjang yang lain adalah seperti nombor telefon rumah sendiri, nombor telefon rumah teman rapat, warna kereta dan sebagainya. Ingatan jangka pendek akan mudah lupus dari ingatan kita. Justeru ingatan menjadi perkara penting, lebih-lebih lagi apabila mahu menghadapi peperiksaan. Maka satu kaedah mengingat yang sistematik amat diperlukan.
Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting. Oleh yang demikian terdapat pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan. Sebagai pelajar, setelah kita mempunyai motivasi yang tinggi, kita juga mesti mempunyai kemahiran pembelajaran yang berkesan. Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai kesungguhan yang tinggi tetapi apabila keputusan yang diumumkan, mereka tidak mencapai keputusan yang cemerlang. Sebenarnya disamping motivasi yang tinggi kemahiran belajar yang berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiran ini sebagai contohnya termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambil nota secara neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain.
Apabila kita katakan sebagai kemahiran, ia menuntut kita tahu apakah kemahiran yang kita akan belajar. Ia lebih tepat kita sebut sebagai belajar cara untuk belajar. Selalu kita sebut sebagai "smart study" iaitu belajar dengan kaedah yang betul ditambah dengan minat, motivasi serta kesungguhan yang tinggi. Apabila disebut sebagai kemahiran ia juga perlukan ulangan.

Teknik Belajar Berkumpulan
Antara teknik belajar yang begitu popular di kalangan pelajar serta mahasiswa adalah secara berkumpulan. Apabila ditanya kepada kita, apakah kita tahu tentang teknik belajar secara kumpulan. Ramai antara kita yang akan mengatakan mereka tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan belajar berkumpulan, tetapi sejauh manakah pengetahuan serta pemahaman kita dalam aspek ini. Apabila ditanya tentang belajar berkumpulan ini, ramai mengatakan bahawa ia hanya sekadar dilaksanakan bersama kawan-kawan. Belajar berkumpulan harus dihalusi dan diteliti. Ini kerana ada segelintir yang mengatakan bahawa belajar berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Apabila keluar dari sesi belajar secara berkumpulan, tidak banyak manfaat yang diperolehi. Ini merupakan tanggapan yang salah.
Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama, atau kumpulan yang tidak formal dana mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza.
Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Ini kerana dalam belajar secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Misalnya ada sebahagian ahli yang membaca buku yang berbeza daripada kita, pandangan daripada buku tersebut dapat diperolehi dengan segera. Begitu juga dengan pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli kumpulan. namun demikian, belajar berkumpulan memerlukana adab dan disiplin diri yang tinggi. Misalnya perlu mengemukakan pandangan secara teratur, bersedia untuk berbeza pendapat, menggunakan kumpulan sebagai wadah untuk "sumbang saran" atau menyemarakkan idea. Perkara lain yang juga perlu diberi perhatian dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikir secara aktif. Yakni kesanggupan untuk berhujah dalam minda dengan melakukan analisis dan hipotesis secara kritis dengan penuh adab dan akhlak disamping menyakini wibawa diri orang yang menyampaikan maklumat. Dengan semikian, pemikir yang baik bukanlah pemikir yang stereotype yang tidak boleh menghormati kaedah bagaimana orang yang tidak sealiran dengannya berfikir.
Sebagai contoh katakanlah seorang pelajar yang bijak menyenaraikan isi-isi penting dalam topik "Gejala sosial di kalangan remaja". Pelajar ini mendapat 10 isi. Kemudian tajuk ini diberikan juga kepada kumpulan (5 hingga 7 orang) pelajar. Mereka ini dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 isi penting.
Secara luarannya dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Namun yang menjadi dilemanya adalah kaedah yang tersusun, sistematik dan sempurna. Di sini dipaparkan kaedah yang betul tentang belajar berkumpulan.

Peranan Belajar Berkumpulan
1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.
Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan di dalam kumpulan.
2. Ahli mesti sehaluan.
Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.
3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.
Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.
4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.
Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru. Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.
5. Penumpuan semas ahli membentang.
Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita. Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai, justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.
6. Bersoal jawab.
Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal dalam membincangkan tajuk tersebut. Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah dengan pemahaman kita.
7. Agihkan bahan
Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas seperti tugas mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha. Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian tajuk-tajuk.
Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.
K = Kerjasama diperlukanU = Untuk semua ahliM = Mesra menjadi faktor pentingP = Prihatin kepada setiap ahliU = Ulangkaji terlebih dahuluL = Laksanakan sebaik mungkinA = Anggapan antara ahli mestilah positifN = Natijah cemerlang diperolehi
Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita untuk melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.
Dipetik daripada :-Membina Kendiri Unggul BerkarismaAmer Shakir ZainolKaunselor UiTM Segamat.

Related Posts with Thumbnails