* Pendidikan Seumur Hidup: Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur

Thursday, February 19, 2009

Restoran Berputar Menara Kuala Lumpur

Pengalaman makan tengah hari bersama keluarga di Restoran Berputar KL Tower memang mengujakan. Makan pada ketinggian 282 meter yang merupakan restoran berputar ke 4 tertinggi di dunia atau tertinggi di asia tenggara. Wow..

Ianya telah dirasmikan oleh Che Det pada 1996. Pada keluasan 9172 kaki persegi, Ianya terbahagi kepada 3 bahagian utama; tempat makan berputar, music area dan lounge.

Harga ?? emmm kalau tak silap RM70 ++ untuk dewasa dan RM40 ++ untuk kanak-kanak. Tapi hari tu adik sponsor...he he Alhamdulilah..

seperti biasa orang yang paling best adalah hero ni la....

tengoklah aksi dia...bergambar sambil tidur atas cermin restoran...tinggi beb..gayat..



sponsor...he he gambar dia tengah cakap phone tak nampak pulak..untuk tujuan keselamatan...hee he lawak je....


apa yang best kat sini...kalau nak makan kat sini TAK BOLEH pakai seluar pendek..so mat saleh yang makan pada hari tu dibekalkan kain pelikat..ha ha memang lawak


yang sedihnya ini je gambar yang ada ..ambil dengan kamera HP....

LUNCH BUFFET
12.00 Noon - 3.00 PM (Weekdays)
RM 60.00++ Adult | RM 35.00++ Child

BRUNCH BUFFET
11.30 AM - 3.00 PM (Weekends & Public Holidays)
RM 70.00++ Adult | RM 40.00++ Child

AFTERNOON TEA
RM35.00++ Per Person
(price above effective on 1st April 2010)

HI-TEA BUFFET
RM 48.00++ per adult | RM26.00++ Per Child
(price above effective on 1st April 2010)

DINNER BUFFET
Early: 6.30 PM - 9.00 PM
Late: 9.30 PM - 11.00 PM
RM135.00++ Adult | RM 75.00++ Child


Moral : Sila bawa kamera ketika cuti-cuti Malaysia ewah promotla pula..

2 comments:

Anonymous said...

kat sini pun ada sama..
http://sembangodah.blogspot.com/2009/02/kl-tower.html

Eyriqazz said...

memang pengalaman yang menarik..Baruje singgah..INi pengalaman saya :

http://www.eyriqazz.com/2010/07/pengalaman-mengujakan-di-restoran.html

Related Posts with Thumbnails