* Pendidikan Seumur Hidup: Bicara Agama
Showing posts with label Bicara Agama. Show all posts
Showing posts with label Bicara Agama. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Senaman Poco-poco Haram

Sumber: Utz Nor Amin
IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Ulasan Saya

Sebelum ini saya ada membuat artikel yang berkaitan poco-poco ini, waktu itu saya dapati tiada lagi fatwa-fatwa yang berkaitan dengan poco-poco. Sekarang ini sudah ada fatwa yang menyatakan bahawa poco-poco ini haram atas sebab-sebab tertentu. Maka lebih elok di sini kita guna pakai fatwa tersebut, kerana mereka adalah orang yang lebih layak untuk menentukan sesuatu hukum. Maka di sini saya membatalkan artikel saya yang lama atas alasan artikel itu sudah tidak valid lagi kerana sudah ada fatwa yang berkaitan dengan masalah ini.

Di bawah ini saya masukkan artikel saya yang lepas mengenai poco-poco untuk bacaan semua. Page artikel tersebut terpaksa saya hazafkan atas sebab-sebab tertentu.

Artikel poco-poco pada tarikh 14/07/2010 :

Assalamualaikum,ustaz...

Kilang tempat saya bekerja menganjurkan aktiviti tarian poco-poco setiap pagi sebelum masuk bekerja sebagai satu bentuk riadah ataupun senaman.Di sini timbul kemusykilan.

Poco poco tersebut dilakukan bersama sama lelaki dan perempuan(campur)dan disertai oleh orang islam dan bukan islam.Guru tersebut juga adalah perempuan dan semua termasuk lelaki juga terpaksa belajar dengannya atas suruhan pihak atasan.Pergerakkan poco poco tersebut mengkehendaki seseorang untuk 'berlenggok-lenggok' dan bergoyang-goyang' dalam aksi yang hanya sesuai di lakukan oleh perempuan sahaja.

  1. Adakah Poco poco itu HARAM?
  2. Apakah hukumnya menari bersama-sama lelaki dan perempuan?
  3. Adakah Islam membolehkan wanita menari poco poco secara berasingan dengan lelaki?
  4. Apakakah hukumnya lelaki melakukan poco-poco kerana pergerakkan tersebut menyerupai perempuan(gerakan lembut).

Jawapannya :

Maksud senam robik atau poco-poco ini adalah bersenaman dengan mengikut rentak lagu. Poco-poco berasal dari lagu yang diberikan tajuk poco-poco diterbitkan di Indonesia. Tetapi ada orang berpendapat bahawa poco-poco ini berasal dari penganut Kristian Filipina yang melaksanakan tarian ini setiap kali mereka menghadiri upacara keagamaan pada setiap minggu di gereja. Tiadak kisah ia berasal dari negara mana, kerana rentak dan teknik tariannya adalah sama kalau dilihat di mana-mana negara.

Senaman poco-poco ini juga boleh dikategorikan sebagai hiburan yang mempunyai unsur kesihatan. Menurut Imam Al-Ghazali juga telah menyatakan bahawa hiburan ini termasuk dalam apa yang diistilahkan sebagai al-lahwu dan menjelaskan hukumnya adalah harus bagi Muslim untuk berhibur dengan syarat tidak berlebih-lebihan.

Sebelum saya menghuraikan hukum poco-poco mengikut pandangan saya yang tidak seberapa, ini bertujuan untuk mengeluarkan sahabat-sahabat semua dari dibelenggu dengan masalah status halal atau haramnya. Saya berpendapat bahawa senaman poco-poco ini seolahnya seperti sebuah tarian yang diiringi dengan rentak lagu yang dipasang.

Saya datangkan dahulu hukum tarian dalam Islam menurut pendapat Dr. Yusuf Qoradhawi dalam kitabnya yang bernama Fatwa Muasarah :
  1. Tidak bertentangan dengan adab Islam dan ajarannya. Tarian yang menamppakkan aurat, yang membawa kepada kelalaian, adanya ikhtilat jelas keharamannya. Karena bertentangan dengan perintah Allah Swt.
  2. Memperhatikan bentuk tariannya. Tarian yang membangkitkan syahwat juga dilarang dalam Islam.
  3. Tidak boleh mengiringinya dengan sesuatu yang haram. Seperti meminum khamar, memperlihatkan aurat, memanggil jin dll. Apabila sudah dicampur dengan sesuatu yang haram maka tarian itupun jadi haram.
  4. Tidak melampaui batas dan berlebih-lebihan. Segala yang melampaui batas dan berlebih-lebihan dilarang didalam Islam.
  5. Berkenaan dengan yang melihat dan mendengarkan. Setiap orang yang melihat tarian ataupun mendengarkan lagu-lagu sehingga membangkitkan syahwatnya, menimbulkan fitnah dan menghilangkan akal sehat wajib dijauhinya.


Saya datangkan juga garis panduan tarian yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang bertarikh 14 Januari 2009 (Klik Di sini) sebagai rujukan masyarakat Islam Malaysia seperti berikut :
  1. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
  2. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
  3. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
  4. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
  5. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.

Analisis Saya

Berdasarkan kedua-dua pendapat di atas, saya berpendapat bahawa senaman atau tarian poco-poco itu adalah harus berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan oleh Islam seperti tidak bercampur antara lelaki dan perempuan, tidak membuka aurat, tarian yang tidak boleh membangkitkan nafsu, tidak menimbulkan fitnah, tidak melalaikan, tidak memasang lagu yang melalaikan dan tidak ada unsur pemujaan sepertimana dinyatakan dalam 2 pendapat di atas.

Realiti yang berlaku dikebanyakkan tempat dalam negara Malaysia melaksanakan tarian poco-poco ini bercampur antara lelaki dan perempuan, dilaksanakan di tempat yang terbuka, perempuan yang tidak menutup aurat dengan sempurna, memasang lagu yang ada unsur-unsur keterlaluan dan melalaikan. Jika Keadaan seperti ini berlaku, maka saya lebih cenderung berpendapat haram kerana ia melanggar syarat-syarat yang ditetapkan dalam Islam sepertimana dinyatakan di atas.

Tidak menjadi masalah kalau tarian poco-poco ini diasingkan antara lelaki dan perempuan ditempat yang berbeza. Tarian poco-poco perempuan dibuat ditempat yang tertutup dan jauh dari pandangan lelaki, tidak memakai pakaian yang menjolok mata atau seksi dan dipasang dengan lagu yang mempunyai unsur yang baik. Di sini tiada apa yang dapat dipertikaikan lagi dan Islam juga tidak menghalang umatnya berhibur, tetapi biarlah hiburan itu mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syarak.

Lelaki menyertai tarian poco-poco menyerupai perempuan? Menurut pendapat saya tiada asas pandangan ini, kerana ia tidak disertakan dengan fakta yang jelas. Tarian poco-poco adalah bertujuan untuk bersukan dan menyihatkan badan dan tiada fakta yang mengatakan bahawa tarian poco-poco ini meniru atau hanya untuk perempuan sahaja. Sepertimana saya jelaskan di atas, kalau tidak bercampur lelaki dan perempuan dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh Islam, maka harus bagi lelaki menyertai tarian tersebut.

Tarian poco-poco berasal dari agama kristian? Saya berpendapat bahawa tarian poco-poco ini yang dilaksanakan di Malaysia tidak pula menampakkan unsur-unsur keagamaan dan tiada pula setiap pergerakkannya berlambang kristian seperti yang didakwa oleh sesetengah blog dan artikel. Saya juga berpendapat bahawa tarian poco-poco ini tidak mengamalkan budaya agama mereka. Hujah saya yang mengatakan seperti ini ialah tarian tersebut tidak menjejaskan akidah umat Islam, dan tidak mensyirikkan Allah. Jauh sangatlah kalau dikatakan tarian poco-poco ini mengikut agama kristian.

Saya tegaskan di sini bahawa saya tidak membangkang pendapat orang yang mengatakan haram disebabkan poco-poco ini mengikut budaya kristian atau sebagainya, kerana mereka juga mempunyai hujah. Segala hujah saya di sini bukan menyokong tarian poco-poco ataupun menidakkan tarian poco-poco! kalau anda semua mempunyai hujah berdasarkan pendapat-pendapat ulamak, maka teruskan dengan hujah anda semua. Artikel saya ini bukan fatwa, tetapi ini sekadar pendapat saya sahaja berdasarkan ilmu yang lemah dan saya tidak layak mengeluarkan fatwa.

Tuesday, August 31, 2010

Sujud Syukur

Sujud Syukur bagaimana cara unutk melakukan nya....seorang kawan bertanya...


Ust Bahruddin Mansur :
Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud  syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad Saw. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah  kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah saw. dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah saw. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.

Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang  bingung ?"

Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.

Akhirnya Rasulullah saw.. menyatakan yang  maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa  yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah Swt. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)

Berdasar  ke atas Sunnah Nabi itu, maka ianya  tidak hairanlah apabila para Sahabat sering  melakukan sujud syukur  tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan.  Amalan  sujud syukur itu adalah   antara manifestasi untuk menyatakan  kesyukuran atau  terimakasih  kepada Allah swt.

Tatacara sujud syukur

Sujud syukur itu seyugyanyalah dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita  menggembirakan.

Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza  seperytiaman sujud  tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan soklat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.

Juga tidak disyaratkahn untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan  tidak ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.

Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sebatengah Ulama yang  berpendapat bahawa  sujud syuklur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali.

secara ringkasnya:

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk

Saturday, April 5, 2008

Apabila Ada Pelajar Mengutip Derma

Sebenarnya aku tertarik apabila membaca akhbar Utusan Malaysia. Ianya berkenaan hukum paksa pelajar mengutip derma...mari kita baca bersama-sama..

Haram paksa pelajar kutip derma

SOALAN

Menderma memang digalakkan oleh agama. Namun, saya kadang-kadang musykil dan tidak mahu menderma apabila dihampiri oleh kanak-kanak yang mendakwa mereka ini datang dari sekolah agama atau tahfiz di tempat seperti perhentian rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya. Sebabnya, terlalu kerap saya dihampiri oleh kanak-kanak daripada kumpulan yang sama. Adakah saya berdosa dalam keadaan begini?

JAWAPAN

TIDAK berdosa, ini kerana menderma merupakan suatu yang digalakkan oleh agama. Cuma seperkara yang perlu dipelihara dalam menangani peminta derma ialah mereka tidak boleh diherdik. Mengherdik peminta derma hukumnya berdosa. Ini kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud: Adapun orang yang meminta (bantuan) maka janganlah engkau tengking herdik. (al-Duha:10)

Keduanya menjaga hati dan perasaan, ini kerana kadang-kadang walaupun mulut tidak bercakap hati berbisik dengan meniupkan perasaan sangka buruk terhadap peminta sedekah dan bantuan. Maksudnya orang yang dirayu untuk memberi bantuan kalau tidak dapat menghulurkan apa-apa bantuan, jangan menghina dan mengherdik mereka.

Sebenarnya ada banyak cara lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan. Saluran untuk mendapatkan bantuan juga banyak di negara ini. Bantuan boleh diperoleh melalui lembaga atau pusat zakat negeri. Ataupun dapatkan kebenaran dari jabatan agama negeri bagi mengutip derma di masjid pada hari-hari tertentu. Bukan dengan cara menghantar budak-budak kecil yang sepatutnya berada di sekolah atau asrama untuk mengutip derma.

Saya juga pernah dan selalu didatangi budak-budak yang mendakwa dari sekolah dan asrama tertentu untuk mengutip derma, kadang-kadang ada yang meminta derma dengan menjual kalendar atau takwim, ayat-ayat al-Quran dan buku-buku agama. Pernah saya bertanya kepada salah seorang budak yang menghampiri saya untuk tujuan jual takwim dengan berkata: “Assalamualaikum pakcik, nak beli kalendar? Beli sambil menderma rumah anak-anak yatim pakcik.”

Saya bertanya kepada budak tersebut: “Kamu tak belajar ke hari ini dik?" Dia jawab: “Belajar lah ni, cari duit untuk asrama aktiviti kokurikulum di tempat kami belajar,” ujarnya. Macam-macam persoalan yang bermain di fikiran saya pada ketika itu, bila budak-budak itu belajar? Ibu bapa kepada budak-budak tu tahu tak anak mereka kutip derma dengan menjual kalendar? Kenapa tidak guru-guru di rumah anak yatim yang mengutipnya? Atau mudir dia sendiri yang melakukannya?

Banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menjana ekonomi sekolah atau pusat penjagaan anak-anak yatim. Saya cukup terkilan dengan sikap yang tidak bertanggungjawab sesetengah sekolah yang mengeksploitasi kanak-kanak untuk mendapat simpati orang ramai dalam mengumpul dana. Kadang-kadang saya dapati budak-budak ini dihantar di waktu pagi dan dibiarkan mengutip duit sampai petang, ada kalanya sampai malam.

Kasihan sungguh keadaan anak-anak yang menjadi pengemis di awal usia. Ada di antara mereka yang menangis dan merayu kepada orang ramai dengan alasan “kalau tak jual nanti kena marah, tak dapat makan.” Saya berharap agar pihak berkuasa tempatan dan penguatkuasa jabatan-jabatan agama perlu bertindak ke atas pertubuhan dan rumah-rumah kebajikan yang mengeksploitasi kanak-kanak bagi perolehan dana dengan mengutip derma.

Perbuatan ini bercanggah dengan agama Islam. Ini kerana kanak-kanak yang sepatutnya mempelajari Matematik dan Sains di sekolah ditugaskan di stesen-stesen minyak dan R&R bagi tujuan mengutip dana. Hukumnya haram dan berdosa. Paling tak patut ialah keuntungan dan kutipan yang lumayan berbaloi untuk pengasas rumah kebajikan. Dia dan anak isterinya hidup mewah, cukup makan, belanja cukup, pakaian cukup. Malahan ada yang pernah saya lihat memiliki kereta mewah.

Apa yang saya sebutkan ini sebahagian rumah kebajikan bukan semua. Namun saya tetap tidak setuju menyuruh kanak-kanak atau para pelajar dari sekolah kebajikan ini ditugaskan kutip derma di tengah-tengah masyarakat.


Utusan Malaysia


Related Posts with Thumbnails