* Pendidikan Seumur Hidup: pendidikan seumur hidup
Showing posts with label pendidikan seumur hidup. Show all posts
Showing posts with label pendidikan seumur hidup. Show all posts

Friday, April 8, 2011

OKU dan Pendidikan Khas

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada usaha daripada syarikat yang menyediakan kemudahan kenderaan awam dalam memastikan perkhidmatan mereka mesra OKU. Terdapat kenderaan bas yang melebelkan stiker kerusi roda untuk menunjukkan bas mereka mesra OKU. Hakikatnya ketika artikel ini ditulis, pelaksanaannya belum sempurna, lebel stiker itu hanya sekadar hiasan. Projek tersebut bak kata pepatah ‘rumah sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi’. Saya tidak ingin memanjangkan komen di sini, bagi persatuan-persatuan OKU yang terlibat dalam usaha menyempurnakannya sahaja yang faham. Bagaimanapun, usaha dan niat murni syarikat bas tersebut boleh dipuji, hanya perlaksanaannya perlu dikaji. Pada pendapat saya: tanyalah pengguna kerusi roda cara terbaik untuk mereka boleh menggunakan bas tersebut sebelum melaksanakannya.

Jika diselidik, kenderaan awam yang amat diperlukan oleh OKU ialah kenderaan awam yang dapat menghantar mereka ‘dari pintu ke pintu’, iaitu perkhidmatan teksi. Malangnya teksi di negara kita bukanlah yang jenis mesra OKU. Walaupun terdapat segelintir pemandu teksi yang amat bermurah hati mengambil pelanggan yang berkerusi roda, namun berapa ramaikah antara mereka? Kadang-kadang masalah yang timbul bukan disebabkan nilai perikemanusiaan mereka, tetapi disebabkan jenis kereta teksi mereka yang tidak dapat mengambil penumpang yang berkerusi roda.

Kita telah lihat betapa hebatnya projek meningkat taraf perkhidmatan teksi di negara kita. Kereta-kereta mewah telah pun dijadikan teksi dengan hanya tambahan tambang yang tidak begitu tinggi, kononnya untuk kelesaan penumpang. Namun adakah jenis teksi yang boleh mengambil penumpang berkerusi roda? Sekiranya kita bandingkan antara pelaburan untuk membeli kereta mewah sebagai teksi eksekutif berbanding dengan kereta yang boleh dimasuki kerusi roda (wheelchair accessible taxi), yang mana memperlihatkan imej pengusaha yang lebih perihatin? Keperihatinan sesebuah negara terhadap pelaksanaan kebajikan rakyatnya juga menjadi kayu pengukur tahap tamadun dan kematangannya dalam isu kebajikan rakyat.

Berikut adalah penerangan terhadap masalah-masalah tersebut:

1.Sikap pemandu teksi yang merasakan penumpang kerusi roda amat leceh dan melambatkan. Mungkin kebanyakan pemandu teksi mengejaar masa kerana bagi mereka makin cepat tindakan mereka maka makin ramailah penumbang yang dapat diangkut pada hari tersebut.

2.Sikap pemandu yang merasakan penumpang kerusi roda amat merumitkan. OKU kerusi roda memang memerlukan orang lain untuk memasukkan kerusi roda mereka di bonet kereta selepas mereka memasuki kereta. Namun, pemandu teksi merasakan penumpang tersebut hanya mendatangkan masalah kepada mereka.

2.Ruang bonet kereta yang terhad disebabkan balang gas. Kita sedia maklum bahawa kereta teksi di sekitar Lembah Klang kebanyakannya menggunakan kuasa NGV. Maka disebabkan balang gas NGV yang mengambil sebahagian ruang bonet, tiada ruang untuk memasukkan kerusi roda.

Usaha menjadikan negara kita berimej sebuah negara perihatin dan penyayang haruslah dipertingkatkan. Jangan usaha-usaha tersebut hanyalah untuk mendapat publisiti atau kepentingan peribadi. Pihak pengusaha juga perlulah melihat bahawa perkhidmatan kenderaan awam mereka sebagai satu tanggungjawab sosial, bukan hanya menitikberatkan keuntungan semata-mata. Ahli masyarakat pula perlulah memahami keperluan OKU untuk keluar bermasyarakat. Jangan salah guna kemudahan yang disediakan khas untuk mereka sebagai kemudahan diri sendiri, contohnya tempat letak kereta untuk OKU, tandas, dan lain-lain.

Setiap kali apabila terlihat OKU berkerusi roda dalam kegiatan di tempat-tempat awam, saya terlihat betapa cabaran mereka dalam menempuhi hidup ini berbanding kita yang bebas bergerak. Apabila terlihat prasarana pembangunan di sesuatu tempat yang bersifat mesra OKU, terlintas di fikiran ini betapa bagusnya jika kita semua sama-sama dapat menikmati limpahan pembangunan negara yang tercinta ini, semoga Malaysiaku Mesra OKU.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Khas (JPK), Kementerian Pelajaran, Siti Zaharah Mat Akib (2004), masalah utama golongan OKU mendapat pendidikan ialah persekitaran yang kurang membantu. Di negara ini kanak-kanak OKU amat bertuah kerana Jabatan Pendidikan Khas, di bawah kementerian mempunyai program pendidikan khas yang secara tidak langsung dapat membantu golongan ini mendapat pelajaran. Ini juga termasuk menyediakan kemudahan lain seperti pusat pemeriksaan berasingan, penterjemah, alatan khusus seperti komputer, selain tambahan masa, dan kekurangan tenaga dan pakar secara tidak langsung turut menyumbang ke arah ketidakselesaan murid OKU.

Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah ini dari masa ke semasa kementerian terus merancang strategi demi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pendidikan khas. Ini termasuklah memperluaskan program ke luar bandar, pendemokrasian pendidikan iaitu pendidikan untuk semua dan mewajibkan pendidikan. Strategi pengajaran yang khusus diperlukan bagi seseorang yang berbeza kerana tiada seorang murid berkeperluan khas serupa dari aspek keperluan pendidikan. (Siti Zaharah Mat Akib, 2004)

Sunday, January 17, 2010

Kenapa Pendidikan Prasekolah Penting

Pendidikan prasekolah menjadi semakin penting kebelakangan ini. Ini berikutan kesedaran ibu bapa terhadap asas pendidikan bagi anak mereka. kawasan luar bandar terutamanya, kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan prasekolah dalam kalangan ibu bapa semakin meningkat. Namun begitu, sebagai ibu bapa anda perlu bertanya pada diri sendiri mengapa anda harus mengambil berat tentang pendidikan prasekolah anak-anak anda. Ada tiga alasan utama mengapa anda sebaiknya tidak hanya mendaftar anak anda ke kelas prasekolah, tetapi menjadi aktif terlibat di dalam proses pembelajarannya juga samada di kelas mahupun di rumah.




Pertama, anda harus ingat bahawa pendidikan prasekolah merupakan asas bagi pendidikan anak anda. Perkembangan keterampilan dan pengetahuan ( kecerdasan dan sikap) anak anda pada peringkat prasekolah akan memberi kesan yang dramatik terhadap pembelajaran anak anda ketika memasuki sekolah formal dan membawa kepada kejayaan dalam hidup mereka. Hari ini kita mengharapkan anak-anak kita untuk belajar lebih banyak perkara pada saat mereka mula memasuki umur 4-6 tahun( prasekolah). Sementara generasi sebelumnya hanya mula belajar asas-asas seperti pengenalan warna , nombor dan abjad ketika di sekolah formal, manakala anak-anak saat ini ’dimestikan’ untuk mempunyai kemahiran asas ini ketika mereka belajar di prasekolah.



Alasan lain untuk mengambil berat tentang pendidikan prasekolah adalah bahawa dengan memberikan pendedahan awal dan menggalakkan anak anda belajar di prasekolah anda akan memupuk nilai keyakinan diri dalam diri mereka. Di samping itu juga anak anda akan memperoleh kepercayaan diri melalui pelbagai aktiviti ’bermain sambil belajar’ yang pasti menyeronokkan mereka. Pendidikan prasekolah umpama batu loncatan atau platform yang memberikan asas yang kukuh kepada kanak-kanak prasekolah dan momentum pembelajaran yang mereka terima di peringkat prasekolah ini akan membantu membuat anak anda bersemangat belajar seumur hidup mereka.



Akhirnya, pendidikan prasekolah sangat penting kerana dapat memberikan anak anda kelebihan dalam dunia yang kompetitif dan iklim pendidikan. Bagi anak-anak yang tidak menerima asas-asas pembelajaran selama usia prasekolah, mereka akan mula diajar tentang abjad, nombor, bentuk dan warna ketika mereka mula memasuki pendidikan formal mereka (darjah 1). Kanak-kanak ini akan berada di ’belakang’ kanak-kanak yang sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ini . Adakah anda ingin anak anda berada di kelas ’hadapan’ atau tertinggal di ’belakang’?



Bagi ibu bapa yang tidak mendaftarkan anak mereka melalui program prasekolah formal, anda boleh mengajar anak anda secara tidak formal di rumah jika anda inginkan. Yang penting adalah anda perlu memastikan anak anda belajar kemahiran yang mereka perlu sepertimana yang dipelajari oleh kanak-kanak di kelas prasekolah. Banyak bahan-bahan bantu mengajar dan buku-buku kerja yang boleh anda perolehi di kedai-kedai buku untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan walaupun di rumah.



Anda sebagai ibu bapa atau penjaga harus mengambil berat tentang pendidikan prasekolah kerana pembelajaran prasekolah merupakan asas yang amat penting sebelum kanak-kanak ini memulakan pendidikan formal. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa pendidikan prasekolah boleh meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan memberikan mereka kemahiran yang mereka perlukan dari semua aspek rohani dan jasmani.

Monday, October 5, 2009

RON95 vs RON97

Apa perbezaan RON95 dan RON97?
Sehigga ke hari ni masih lagi ada orang bertanyakan tentang minyak baru ni...ok baca kat bawah:
 
Berikut adalah senarai harga minyak terbaru (mulai 1 September 2009).
  • RON 97 : RM2.05

  • RON 95 : RM1.80

Tetapi tahukah anda apakah itu RON? Pernahkah anda semua tertanya apa bezanya minyak RON97, RON95 dan minyak RON92 tu. Kenapa kerajaan tukar penggunaan minyak RON92 kepada RON95? Apa signifikannya daripada penukaran itu? Minyak yang mana satukah yang lebih bagus? RON95 atau RON97?
Mungkin ada ramai yang mengatakan minyak RON95 adalah minyak yang tidak berkualiti. Sebab itu ia lebih murah. Ada pula mengatakan minyak RON95 mungkin akan mengotorkan engine anda dan ada juga yang mengatakan minyak RON95 kurang berkuasa berbanding minyak RON97.
Sebelum anda semua membuat tanggapan palsu,mari kita fahami apakah maksud sebenar RON.

RON adalah singkatan bagi ‘RESEARCH OCTANE NUMBER‘, dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda.
RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92. RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.
Tidak bermakna menggunakan RON95 itu tidak bagus untuk kereta anda. Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.
Oleh itu, ia sepatutnya tidak menjejaskan prestasi enjin. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa keperluan gred minima bagi enjin kereta anda.
Apa yang perlu anda buat ialah rujuk buku panduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai dan juga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded (tanpa plumbum) ataupun leaded (plumbum).
Apabila anda refer kepada manual kereta anda, kat situ ada ade tercatat minimum ron yang boleh digunakan. Kalau dia tulis ron 95, maknanya anda kena guna Ron 95 dan ke atas saja. Jangan pula guna minyak bawah ron95. Nanti rosak pula kereta anda.
Selain di dalam buku panduan, anda juga boleh melihat sticker Octane Rating minimum di lid penutup minyak kereta anda. Di situ pun biasanya ada di catatkan.
kereta minyak ron95
Secara asasnya memang lagi tinggi RON tu, maka lagi bagus minyak tu. Tapi perlu diingat, RON yang lebih tinggi tidak bermaksud ianya lebih berkuasa. Ia hanya bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan. Dan sebenarnya, setiap engine sesebuah kereta itu direka dengan minimum octane rating nya yang tersendiri.
Jadi, paling pentingnya ialah periksa manual kereta anda, apakah nilai minimum octane rating atau RON nya. Gunalah minyak paling minimum yang dicatatkan itu. Kalau RON95 maka anda boleh guna RON95 tanpa ada sebarang masalah. Dengan menggunakan minyak RON95, anda sebenarnya dapat menjimatkan duit anda kerana ianya lebih murah.
Namun, kepada mereka yang pakai kereta yang berkuasa tinggi contohnya kereta sport seperti evo, impreza, type R, skyline dan sewaktu denganya, maka adalah sangat disarankan supaya anda gunalah minyak RON97. Walaupun harganya mahal sedikit, tapi tidak mengapalah, janji anda puas hati. Nanti boleh la anda pecut kereta dengan lancar, tanpa semput-semput,he he he…
Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :



..nak dapat maklumat lebih..sila ke pakarhowto

Thursday, December 11, 2008

Bukit Antarabangsa Runtuh Lagi 2009

Apa Yang Boleh Kita Pelajari dari berita ini??

Pendidikan di sekolah menitikberatkan tentang nilai. Guru merupakan orang yang bertanggungjawab menerapkan nilai murni ini..siapakah yang bertanggungjawab kepada masyarakat. Baca berita ini..

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Pergerakan tanah yang sedang berlaku di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang sekarang dijangka menyebabkan satu lagi kejadian tanah runtuh di kawasan itu dalam tempoh kurang daripada enam bulan selepas tragedi besar yang mengorbankan empat nyawa, Sabtu lepas.

Pensyarah Jabatan Sains Ukur dan Geomatik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Syed Jamaludin Syed Ali berkata, pergerakan tanah itu akan mengakibatkan tragedi tersebut berulang dan kali ini mungkin lebih dahsyat lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tempoh itu akan menjadi lebih singkat seandainya tanah berkenaan bergerak lebih laju akibat dibantu faktor kekerapan hujan seperti yang sedang berlaku sekarang.

“Secara logiknya pergerakan tanah sedang berlaku selepas kejadian pertama minggu lepas. Kita tidak menolak kemungkinan satu lagi kejadian akan terjadi dalam masa kurang daripada enam bulan dari sekarang.

“Pengetahuan ini memang menjadi teknik pemantauan yang digunakan pakar-pakar dalam bidang ini. Kajian sistematik juga tidak menolak kejadian tanah runtuh akan berulang lagi di sana,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini yang mengorbankan empat nyawa, menyebabkan lebih 3,000 penduduk kawasan itu diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing kerana keadaan tidak selamat.

Dr. Syed Jamaludin memberitahu, pergerakan yang berlaku di dalam tanah di kawasan itu seharusnya disedari dan tidak dinafi oleh mana-mana pihak.

“Realitinya ialah tanah itu sedang bergerak dan pergerakan tersebut bakal membawa bencana susulan seandainya tiada langkah segera diambil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak berkuasa perlu memantau kawasan berkenaan secara berterusan dan mengkaji risiko susulan yang akan berlaku seandainya penduduk masih dibenarkan tinggal di sana.

Jelasnya, sejarah sudah membuktikan kawasan itu tidak selamat dan pihak berkenaan seharusnya tidak menanggung risiko dengan terus membenarkan penempatan dibuat di Bukit Antarabangsa.

“Pihak berkuasa perlu memantau dengan teliti masalah ini. Sebenarnya tiada alasan lagi untuk membiarkan risiko itu terus dibebankan ke atas penduduk di kawasan itu.

“Banyak kes sudah berlaku di sana dan banyak nyawa sudah terkorban akibat kejadian tanah runtuh. Tiada lagi orang yang perlu tinggal di sana dan terus berhadapan dengan trauma ini,” katanya.

Dua pergerakan tanah dikesan kurang daripada 24 jam selepas kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu.



sumber: Utusan Malaysia,WAN SYAMSUL AMLY

Friday, September 26, 2008

Pendidikan Seumur Hidup

Konsep pendidikan seumur hidup di populerkan oleh Paul Lengrand, ahli teori dan praktik pendidikan orang dewasa. Pada pendapatnya, seseorang tidak dapat menyelesaikan jenjang kehidupannya dengan serangkaian kemampuan intelektual atau teknis tertentu. Oleh sebab itu, maka penting pendidikan bukan pada penguasaan atas sekumpulan pengetahuan, melainkan pada perkembangan pembawaan, yakni pembawaan untuk memperoleh hakikat dari yang makin bertambah sebagai hasil dari pengalaman berturut-turut.

Berbicara mengenai pendidikan tentu tak lepas dari peran serta guru sebagai seorang pendidik, selain diri kita sendiri dan orang tua. Guru adalah orang yang menerima amanat dari orang tua untuk mendidik anak, yang meliputi guru madrasah atau sekolah, sejak dari Taman Kanak-Kanak sampai sekolah menengah, dosen di perguruan tinggi, kyai di pondok pesantren, dan sebagainya. Guru yang mengajarkan banyak hal pada kita, membaca, menulis, dan dari sana ia mengenalkan dunia pada kita. Guru yang sering kita sebut “pahlawan tanpa tanda jasa” karena ia tak pernah meminta balasan apapun pada anak didiknya, dan juga sering kita sebut “guru adalah di gugu lan ditiru”, sehingga segala apa yang ia contohkan atau terangkan pada kita, maka kita akan senantiasa mempercayai, menurutinya dan menirukannya.

Al-Ghazali dalam buku Ilmu Pendidikan Islam, oleh Hery Nur Aly menyebutkan bahwa guru adalah orang alim, maka sebagai orang alim, ketika terjerumus dalam perbuatan maksiat, maka dosanya lebih besar di banding orang yang tidak alim, karena ia tergelincir dalam ke-“tahu”-nya, sementara orang lain tergelincir dalam ke-“tidak tahu”-nya. Allah berfirman dalam Q.s. al-Baqarah:44 yang artinya:

“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendidri…..”

source : pendidikan seumur hidup


Related Posts with Thumbnails