Sendi sihat: Pendekatan secara semulajadi
Utusan Malaysia
SALAH satu masalah paling ketara yang dikongsi oleh mereka yang sudah berusia adalah keadaan fisiologi yang mempengaruhi kesihatan sendi. Manusia mempunyai 206 batang tulang dan lebih daripada 230 bentuk sendi yang boleh bergerak dan separuh bergerak. Semakin usia meningkat, kehausan badan secara semulajadi akan meningkat dengan cepat. Keruntuhan sistem rangka tulang dalam berbagai-bagai bentuk artritis biasa berlaku, terutamanya di tempat tulang bersambung, mengakibatkan kesakitan, bengkak, rasa kaku dan keupayaan terhad. Artritis merupakan satu daripada masalah kronik dan punca utama kehilangan upaya yang paling berleluasa kini.
Radang yang kronik adalah satu petanda sesuatu telah berlaku pada kesihatan badan. Di sebalik mencegah dan mengubat, radang kronik menjadikan badan lebih tua dan lemah. Kini, kebanyakan orang merawat radang dengan satu atau lebih jenis ubat preskripsi atau tanpa preskripsi. Penggunaan ubat sedemikian cuma dapat menutup gejala radang dengan sementara, tanpa merawat punca sebenar. Namun yang lebih buruk adalah kesan sampingan ubat sedemikian seperti penambahan berat badan, sakit perut yang melampau, kecacatan tulang dan kegagalan jantung. Demi memahami punca utama epidemik moden bagi penyakit radang, kita perlu meninjau kepada diet tidak menentu sekarang ini, dan bagaimana makanan telah mempengaruhi masa keradangan bermula.
* Rawatan dan pemakanan
Terdapat banyak pilihan ubatan farmaseutikal dan ubat tanpa preskripsi yang bertujuan untuk melegakan kesakitan tetapi tidak bertindak pada punca asas masalah. Jenis ubatan seperti NSAIDS (ubat anti-radang bukan steroid) dan perencat Cox-2 mungkin melegakan gejala yang berhubungkait dengan artritis untuk sementara, tetapi kesan sampingan seperti masalah gastrousus, ginjal dan kardiovaskular sering berlaku. Ini mungkin melambatkan keupayaan badan untuk memperbaiki kerosakan dan melawan jangkitan, meningkatkan risiko kepada kesihatan jika diambil dalam jangka masa panjang.
Oleh kerana jutaan orang mendapati diri mereka menderita akibat pelbagai keadaan artritis, semakin ramai telah memilih jalan penyelesaian “semulajadi” dan berusaha untuk memahami isu kesihatan mereka dari perspektif “holistik”. Mereka ingin mengetahui lebih mendalam punca asas masalah kesihatan mereka demi mencapai keseimbangan fisiologi badan sebenar. Jika kita membenarkan proses pemulihan naluri berlaku di samping melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pelbagai penyakit, keadaan ini merupakan ciri “menang-menang” bagi kesihatan dan kesejahteraan jasmani badan dan mutu kehidupan kita.
Langkah-langkah yang perlu diambil mesti mengambil kira faktor seperti berikut:
n Lakukan penyelidikan sendiri dan membuat keputusan yang betul bagi diri sendiri.
n Perhatikan diet anda: Pemakanan mempunyai penyelesaian yang mudah bagi kelegaan kesakitan. Dalam amalan kesihatan secara semulajadi, menjadi satu kesalahan jika perihal pemakanan tidak dibincangkan. Kita perlu mengurangkan pengambilan asid lemak Omega-6 dan meningkatkan pengambilan asid lemak Omega-3. Ini akan meningkatkan takat prostaglandin “baik” dan mengurangkan takat prostaglandin “tidak baik” dan akhirnya meningkatkan kelegaan sakit artritis secara semulajadi. Penyelidikan menunjukkan asid lemak Omega-3 meningkatkan prostaglandin “baik” yang mengurangkan radang secara semulajadi. Sumber terbaik bagi asid lemak Omega-3 boleh didapati dari ikan salmon, sardin dan tuna. Minyak kanola, minyak biji flaks dan sayuran hijau juga sumber baik asid lemak Omega-3. Kurangkan pengambilan asid lemak Omega 6 yang boleh didapati dalam minyak bunga matahari, minyak biji kapas dan minyak safflower, yang mana minyak tersebut terdapat dalam majerin, perisa salad dan mayonis.
n Minum banyak air (terutamanya air beralkali), penting untuk memelihara kesihatan sendi. Jika tubuh kekurangan air, maka amatlah susah untuk memberi pelinciran pada sendi.
n Amalkan senaman: Pastikan anda panaskan dan sejukkan badan sebelum dan selepas bersenam. Buat regangan badan perlahan dan terkawal semasa bersenam.
* Prostaglandin
Prostaglandin adalah punca sebenar kesakitan dan radang. Prostaglandin terlibat kerana ia mempunyai pelbagai fungsi. Sel darah putih tertarik kepada prostaglandin yang dihasilkan di tempat radang supaya ia boleh memperbaiki kerosakan yang disebabkan misalnya oleh rawan yang rosak dan juga untuk mencegah jangkitan.
Penahanan berterusan akibat penggunaan ubat tahan sakit tanpa preskripsi boleh membawa kepada jangkitan dan penyakit lain yang lebih serius. Ubat-ubatan menahan sakit juga menghalang keupayaan badan untuk mengelakkan pembekuan darah. Ini adalah oleh kerana sesetengah prostaglandin memainkan peranan penting dalam pengembangan saluran darah dan membersihkan laluan sistem peredaran anda.
Kita tidak perlu menghapuskan prostaglandin dengan mendadak. Kita perlu mencari suatu kesimbangan di antara yang baik dan yang tidak baik. Ubat tanpa preskripsi biasanya menghalang sesuatu molekul sasaran dan mengurangkan aktivitinya dengan mendadak sementara unsur anti-radang semulajadi umumnya mengatur lingkungan meluas kawasan radang. Unsur anti-radang ini bertindak secara semulajadi dengan tubuh badan.
Akhirnya kita memerlukan sejenis suplemen semulajadi untuk memperbaiki dan menguatkan sendi.
n Glukosamina, yang telah digunakan di Eropah sejak 1960-an, dilihat dapat meningkatkan keupayaan pergerakan pesakit artritis jika diambil bersama Kondroitin Sulfat. Glukosamina memelihara dan menguatkan rawan sendi terutamanya di lutut, pinggul, tulang belakang dan tangan. Dalam usaha tersebut, ia mungkin membantu dalam pencegahan kerosakan rawan yang berterusan.
n Gabungan antara Glukosamina dan Kondroitin berfungsi bersama secara sinergi untuk membantu memperbaiki rawan sendi, menggalakkan keanjalan dan melegakan kesakitan sendi dalam keadaan seperti penyakit Osteoartritis.
n Glukosamina dengan Kondroitin boleh digunakan dalam bentuk satu kapsul sayuran yang membekalkan dos yang tinggi iaitu 375 miligram (mg) untuk Glukosamina Sulfat dan 200 mg untuk Kondroitin Sulfat. Anda juga dinasihatkan supaya mengambil formula 2-dalam-1 yang mengandungi Glukosamina Sulfat tanpa natrium (garam) jika anda risau tentang masalah kesihatan yang berkaitan dengan pengambilan natrium berlebihan.
n Berdasarkan kepada satu kajian penting ‘The Glucosamine/Chondroitin Arthritis Interventian Trial’ (GAIT) oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Amerika Syarikat didapati bahawa kombinasi Glukosamina & Kondroitin adalah jauh lebih baik dalam mengurangkan kesakitan penyakit Osteoartritis jika dibandingkan dengan mengambil Glukosamina sahaja, Kondroitin sahaja atau ubat penahan sakit sahaja. Oleh itu, (secara peribadinya) pesakit dinasihatkan untuk mengambil kombinasi 2-dalam-1 ini.
MAKLUMAT dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.