* Pendidikan Seumur Hidup: June 2010

Saturday, June 26, 2010

Gerhana Bulan Separa


KUALA LUMPUR 26 Jun - Masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan sempena dengan fenomena gerhana bulan separa malam ini.


Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 4.57 petang ini dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 7.30 malam sebelum dijangka berakhir pada pukul 10.22 malam ini.
Penolong Pegawai Hal-Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Noor Syarizal Mohd Nunar berkata solat gerhana boleh dilakukan selepas solat Maghrib secara berseorangan atau berjemaah.
Katanya orang ramai dijemput menunaikan solat khusuf disertai khutbah khas gerhana bulan di Masjid Negara dan Masjid Putrajaya.
Sementara itu, orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa itu di Planeterium Negara di sini antara pukul 7.38 malam hingga 10.20 malam ini.

Menurut laman web Angkasa, teleskop bagi melihat gerhana bulan itu akan disediakan secara percuma kepada orang ramai bermula 8 hingga 10 malam ini.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734301/4303/5484. - Bernama

Sunday, June 20, 2010

Gila World Cup 2010

GILA World Cup 2010 telah melanda seluruh dunia...semua peminat bola sepak mengambil kesempatan ini untuk menonton pasukan kegemaran masing-masing. Namun jangan lah jadi macam mereka ini..memenag sudah gila bola agaknya..



DHAKA 20 Jun - Bangladesh menutup universiti kejuruteraan terkenalnya di ibu negara Dhaka untuk tempoh yang belum dipastikan semalam selepas para pelajarnya mahu bercuti untuk menonton Piala Dunia, mengamuk di kampus.

“Pelajar lelaki telah meninggalkan asrama mereka manakala pelajar wanita akan dipindahkan dari kediaman mereka pagi ini,” kata seorang pensyarah Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Bangladesh (BUET) kepada Reuters.

Sekurang-kurangnya empat pelajar tercedera terkena batu yang dilontarkan dan pecahan tingkap dari pejabat BUET dalam keganasan semalam.

Para pelajar menuntut agar cuti dilanjutkan dari tujuh hari ke minggu hadapan bagi membolehkan mereka menonton kejohanan bola sepak terbesar yang berlangsung di Afrika Selatan menerusi kaca TV. - Reuters

Saturday, June 19, 2010

My Mind is the Scene of the Crime

CRIME....opppp setahu aku tak pernah buat crime yang boleh menyebabkan aku ditangkap? Dengan kata lain kesalahan melibatkan undang-undang negara. Tapi mana manusia yang tidak pernah ada rahsia.Deng deng apa rashia aku yang tidah mahu ada orang yang curi...oppp nampak nak ini lah pertama kali aku buka untuk umum.
Pada satu masa dahulu, aku pernah kehilangan buku teks..punyala risau macam mana nak dapat balik. Sure kena marah dengan cikgu..tapi yang paling risau adalah mak aku..Aku pernah terbaca dalam sebuah majalah mengenai kuasa minda bawah sedar..waw apa ni..sebenarnya aku telah cuba cara yang dicadangkan dalam majalah tersebut macam mana nak kembalikan barang yang hilang dengan syarat benda tu di ambil orang. Dan hasilnya tak sampai seminggu...ada orang yang TIDAK PERNAH ku kenali mengembalikan buku teks sains. puhhh selamat aku. Begini rahsianya caranya;

1.Pastikan barang itu betul-betul hilang (bukan kita salah letak)
2. Barang tu sepatutnya benda yang kita sayang.
3. Jangkamasa hilang kurang dari 3 hari. (kalau lebih mungkin dah jauh dari kita)
4. Barang tu mesti diambil orang..sebab orang akan pulang balik pada kita..kalau kucing yang ambik tak pastila boleh dapat balik ke tak...

Dan ini caranya.mula-mula kita oisnd ldkdaof ;slf s lepas tu mesti klsdf fkjsa' f dan kalau dah macam nak dapat kita perlu oqjwdki5kn sekdfnk  sdfasd kena kasdasd la sikit. Usaha untuk asdasdkajsd sure dapat benda itu. Harap semua dapat manafaat dari pengalaman aku yang kita KEKAL menjadi rahsia aku dah tak mau di curi orang .

Apa kawan kita ni merapu ni lebih baik kita tengok ceri ta ni: INCEPTION


Sypnosis

Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) is a skilled thief, the absolute best in the dangerous art of extraction: stealing valuable secrets from deep within the subconscious during the dream state when the mind is at its most vulnerable. Cobb’s rare ability has made him a coveted player in this treacherous new world of corporate espionage, but it has also made him an international fugitive and cost him everything he has ever loved. Now Cobb is being offered a chance at redemption. One last job could give him his life back but only if he can accomplish the impossible—inception. Instead of the perfect heist, Cobb and his team of specialists have to pull off the reverse; their task is not to steal an idea but to plant one. If they succeed, it could be the perfect crime.
But no amount of careful planning or expertise can prepare the team for the dangerous enemy that seems to predict their every move. An enemy that only Cobb could have seen coming.
This summer, your mind is the scene of the crime.

poster

Tuesday, June 15, 2010

PTPTN buru 100,000 liat bayar pinjaman

 Kepada semua peminjam PTPTN:




KUALA LIPIS 14 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memburu hampir 100,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM1.9 bilion sejak 1997.
Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman menegaskan, pihaknya telah menghantar notis amaran tetapi sehingga kini masih belum menerima maklum balas daripada peminjam liat terbabit.
''PTPTN sedia berunding mengenai pembayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam.
''Kita belum berhasrat untuk mengambil tindakan yang keras terhadap peminjam terbabit," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Waran Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN berjumlah RM270,000 kepada 180 pelajar dalam Parlimen Lipis yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat diploma di sini hari ini.
Hadir sama, Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff dan Penghulu Mukim Penjom, Azhar Bakar.
Mohamad Shahrom yang juga Ahli Parlimen Lipis menasihati peminjam yang liat itu tampil berbincang dengan PTPTN mengenai pembayaran hutang tertunggak tersebut.
Sehingga 30 April lalu, jelas beliau, bayaran balik terkumpul yang diperoleh PTPTN ialah sebanyak RM1.7 bilion atau 47 peratus berbanding jumlah sepatutnya dikutip iaitu sebanyak RM3.6 bilion.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya mengeluarkan WPP bernilai RM71 juta kepada 47,366 pelajar baru yang akan mula mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara mulai minggu depan.
Jumlah itu, jelas beliau, merupakan sebahagian daripada peruntukan keseluruhan bernilai RM32.6 bilion yang disediakan untuk sesi pengajian semester ini.
Beliau berkata, setiap peminjam menerima wang pendahuluan bernilai RM1,500 dan boleh menukarkan waran berkenaan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai hari ini.
''Wang pendahuluan ini boleh membantu penuntut membuat persiapan membeli peralatan belajar, yuran pendaftaran dan keperluan lain ketika menjejak kaki ke IPTA nanti," katanya.
Menurut Mohamad Shahrom, kerajaan mempunyai mekanisme terbaik menerusi PTPTN untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000 bagi membiayai pengajian di IPTA.
''Pihak tertentu tidak wajar menimbulkan pelbagai isu mengenai pinjaman PTPTN kerana kerajaan sentiasa terbuka untuk membaiki setiap kelemahan pengurusan agar membolehkan anak-anak kita melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
''Lagi pun kerajaan tidak memilih bulu dan fahaman politik untuk memberi pinjaman pengajian di IPTA asalkan pelajar memenuhi syarat berasaskan latar belakang ekonomi keluarga," katanya.
Beliau juga mengingatkan pelajar menghargai dan berterima kasih dengan pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan untuk membantu mereka menyambung pengajian ke IPTA.
''Gunakanlah wang ini untuk menyediakan keperluan memasuki pengajian nanti. Jangan boros berbelanja seperti membeli telefon bimbit dan motosikal. Hargailah dengan ikhlas setiap pertolongan kerajaan dan PTPTN.
''Kita rasa bertuah kerana generasi masa kini berpeluang menerima bantuan kerajaan berbanding pada masa dahulu," katanya.

Saturday, June 12, 2010

Rotan vs Penampar

credit to SPM Physics

Al kisah satu cerita...seorang pengawas pintar di salah sebuah sekolah asrama penuh bernama Shahir yang pernah dapat straight A dalam PMR  didenda kerana 'kantoi' mengedar & hisap rokok di kawasan sekolah..
Hari ini di depan perhimpunan, cikgu Mat a.k.a cikgu disiplin tercegat sambil merenung tajam si sharir yang tampak rileks ala-ala 'cool'.

Dengan garaunya cikgu Mat bersuara :OK murid2, inilah akibatnya kalau nak tunjuk 'terror' kat sekolah!!

Cikgu Mat : Shahir b Sabu..adakah anda mengaku bersalah??
Shahir        : Ya cikgu, saya bersalah. Saya hisap rokok sebab ia buat saya rasa 'cool'.

.....begitulah jawab shahir dgn selambanya..

Cikgu Mat : Oh, sebab awak mengaku salah, awak akan dihukum...Tetapi memandangkan awak seorang pelajar pintar ,jika awak boleh menjawab soalan daripada cikgu fizik ni dgn betul,  maka hukuman awak akan diringankan. Adakah awak nak cuba ??

Dgn muka yg selamba lagi tersengih si shahir menjawab:
 " Ok cikgu, saya confident boleh jawab..sebab saya  "cool" :)

Cikgu Mat : Baiklah, dengar soalan cikgu fizik ni baik-baik...
Shahir       :  'Ok cikgu..no hal'...

Cikgu fizik : Dengan menggunakan fizik konsep yang betul, antara 'kena penampar' dan kena 'rotan'..manakah yang lebih sakit jika daya hayunan yang dikenakan adalah sama??? Terangkan kenapa ??

..Shahir terus tersenyum :) bila mendengar soalan tersebut..lalu menjawab seperti berikut..

Shahir       : Mestilah kena rotan lagi sakit.

Cikgu Mat : OK!, kenapa???

Shahir       : Kalau kita tengok, rotan tu batangya halus. Luas permukaan atau 'area'nya kecil. Kita ambil konsep 'pressure', iaitu  Pressure = Force / Area...memandang kan ''pressure' berkadar songsang dengan 'area'..Jadi kalau 'area' kecil,  tekanan yang akan dikenakan akan bertambah. Kalau kena tampar tak sakit sangat kerana luas pemukaan tangan manusia lebih besar dari rotan ni. Sebab tu lah kena rotan akan rasa lebih sakit :)

Cikgu Mat : macam mana cikgu??..boleh terima ke


Cikgu Fizik: Hmm.. jawapan dia boleh diterima.

Shahir : heheh..kan saya dah cakap tadi, saya ni memang "Coo...."
(belum sempat shahir habis cakap, satu bunyi kuat melekap ke pipinya. PANGGGGG!!!!!)
Habis merah padam muka si Shahir)

Cikgu Mat: Disebab awak jawab dengan betul.. hukuman awak telah diringankan, maka awak hanya kena penampar..andai kata kalau awak jawab salah, sudah pasti awak kena rotan.

lalu dengan selambanya cikgu fizik pula bertanya...
"Amacam!...lepas kena penampar ada rasa "COOL" ke "HOT"????  Kalau "COOL" jugak maknanya kulit awak memang tebal seolah-olah mcm ada 'high specific heat capacity' :)

So moral of the story..kalau pun kita pandai kat sekolah, cubalah belajar hormat guru dan patuhilah peraturan yang telah ditetapkan. Tak guna kalau pandai, tapi berlagak sombong. Lagi satu, merokok takkan menjamin yang kita akan menjadi lebih 'cool' walaupun kita seorang genius,...renung-renungkan lah!!


Celcom Broadband


Akhirnya Celcom Broadband telah dipilih sebagai penaja internet kat rumah ku...ooppp silap bukan penaja.....kena bayar lah RM68 permonth...Apa dia broadband ni...sebenarnya ianya high speed internet conection dengan kata lain kita boleh connect to internet...bukan nak promote ka apa..cuma nak cita sebab apa blog ni dah lama tak update.

Baru nak cuba hari ni dan tak boleh bagi komen pasal service dia lah...nak tau email...saya..selamat berblog

Friday, June 11, 2010

Peningkatan perokok remaja perempuan


Utusan Malaysia.
KUALA LUMPUR 11 Jun — Peratusan perokok remaja perempuan yang kini melebihi perokok remaja lelaki adalah sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi ada remaja perempuan yang mula merokok sebelum umur 10 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau memetik kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada tahun 2003 yang mendapati peratusan remaja perempuan merokok adalah sekali ganda iaitu 28.8 peratus berbanding lelaki sebanyak 14.1 peratus.
"Trend ini adalah sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan yang serius perokok wanita, dari peringkat umur yang masih muda lagi.
"Diramalkan jika corak ini dibiarkan berterusan, penggunaan tembakau sepanjang hayat akan mengakibatkan kematian total 250 juta remaja (seluruh dunia),” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat Institut Perubatan Respiratori di sini hari ini.
Rosnah berkata, tabiat merokok di kalangan remaja perempuan antara lain disebabkan pengaruh iklan yang menjanjikan kecantikan fizikal dan penyelesaian kepada cara menguruskan badan. - Bernama

Related Posts with Thumbnails