* Pendidikan Seumur Hidup: August 2010

Tuesday, August 31, 2010

Sujud Syukur

Sujud Syukur bagaimana cara unutk melakukan nya....seorang kawan bertanya...


Ust Bahruddin Mansur :
Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud  syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad Saw. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah  kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah saw. dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah saw. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.

Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang  bingung ?"

Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.

Akhirnya Rasulullah saw.. menyatakan yang  maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa  yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah Swt. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)

Berdasar  ke atas Sunnah Nabi itu, maka ianya  tidak hairanlah apabila para Sahabat sering  melakukan sujud syukur  tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan.  Amalan  sujud syukur itu adalah   antara manifestasi untuk menyatakan  kesyukuran atau  terimakasih  kepada Allah swt.

Tatacara sujud syukur

Sujud syukur itu seyugyanyalah dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita  menggembirakan.

Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza  seperytiaman sujud  tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan soklat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.

Juga tidak disyaratkahn untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan  tidak ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.

Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bagkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sebatengah Ulama yang  berpendapat bahawa  sujud syuklur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali.

secara ringkasnya:

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk

Friday, August 27, 2010

Dua bulan muncul pada 27 Ogos 2010

   
 Wednesday, 25 August 2010
Tersebar dengan luas melalui email..mengatakan akan berlaku dua Bulan di langit pada malam 27 Ogos 2010. Mengikut email tersebut seluruh dunia menantikan.. planet Marikh paling cerah di bulan Ogos. Akan kelihatan saiznya sebesar bulan purnama pada12:30am, 27 Ogos 2010. Ia akan kelihatan seperti dua bulan..   Lihat email yang disertakan.  
Sebenarnya pada tarikh 27 Ogos 2010, Bulan pada jam 12:30am berada pada altitud 50 darjah di langit timur, manakala planet Marikh telah terbenam di ufuk barat pada jam 9.58pm. Ini bermakna tidak mungkin Bulan dan Marikh pada masa tersebut berada berdekatan antara satu sama lain. Tidak mungkin juga saiz Marikh hampir sama dengan Bulan sekali pun ia paling hampir dengan Bumi.
Apa yang sebenarnya berlaku pada12:30am,  27 Ogos 2010  ialah planet Musytari dan Bulan akan berada berhampiran, Musytari terbit pada 08:50pm dan Bulan terbit pada 21:40pm(26 Ogos 2010). Umat Islam pada malam ini berada pada malam 17 Ramadhan 1431H. Kedua-duanya kelihatan berdekatan  dengan sudut pisahan 9 darjah diantara keduanya. Kita mulai dapat melihatnya kedua-duanya di langit timur selepas jam 10.00 pm, 26 Ogos 2010 apabila Musytari agak tinggi sedikit dari ufuk timur pada altitud 14 darjah. Bulan berada di sebelah atas Musytari. Planet Musytari kelihatan seperti satu bintang yang terang pada malam itu tetapi saiznya tidaklah hampir sama seperti Bulan purnama.
 Kedua-dua objek samawi ini juga kelihatan berhampiran pada 10.00pm, 27 Ogos 2010 apabila Bulan dan Musytari tinggi sedikit dari ufuk pada altitud 14 darjah. Sudut pisahan diantara kedua-dua ialah  8 darjah, lebih hampir dari malam yang sebelumnya.  Bulan berada di bawah kiri Musytari. Bulan dan Musytari terbit pada 9:00pm dan 08:54pm masing-masing. Umat Islam pada malam ini telah memasukki malam ke 18 Ramadhan 1431H. Bulan berada dalam buruj Pisces untuk kedua-dua malam tersebut.
   radan17
  radan18
 
Two moons on 27th August 2010




27th Aug the Whole World is waiting for.............

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons. 

Related Posts with Thumbnails