* Pendidikan Seumur Hidup: Kekuatan Dalam Belajar

Sunday, February 10, 2008

Kekuatan Dalam Belajar

Sekarang kita sudah berada di bulan February. Apakah kita masih punyai masa? Adakah kita mempunyai kekuatan dalam diri?

Saya tertarik dengan berita yang di petik daripada akhbar Berita Harian, bertarikh 9 Februari 2008. Kajian mengenai bilangan sperma dan kaitan dengan penggunaan telefon bimbit. Mari kita baca sama-sama;

NEW YORK: Lelaki yang menghabiskan masa berjam-jam menggunakan telefon bimbit setiap hari mungkin menjejaskan mutu spermanya, menurut hasil kajian awal tiga penyelidikan.

Dalam kajian ke atas 361 lelaki yang ditemui di klinik masalah kesuburan, penyelidik di Klinik Cleveland menemui kaitan antara penggunaan telefon bimbit pesakit dan kualiti sperma mereka.

Secara umum, lelaki yang lebih banyak menghabiskan masa menggunakan telefon bimbit setiap hari, lebih rendah jumlah sperma mereka dan lebih besar peratusan sperma tidak normal.


Penemuan itu, yang diterbitkan dalam jurnal Kesuburan dan Kemandulan, menambah persoalan mengenai kesan potensi kesihatan terhadap telefon bimbit dan peralatan tanpa wayar lain. Sesetengah kajian, misalnya, mengaitkan penggunaan jangka masa panjang telefon bimbit dengan risiko lebih tinggi ketumbuhan otak, walaupun banyak kajian lain tidak menemui kaitan seperti itu. Kebimbangan lain ialah, tenaga elektromagnetik yang dikeluarkan dari telefon bimbit mungkin secara teorinya membahayakan tisu badan - dengan memusnahkan DNA.

“Keputusan kami menunjukkan kaitan rapat penggunaan telefon bimbit dengan penurunan kualiti air mani. Namun, ia tidak membuktikan punca dan kesan terhadap sesuatu perhubungan,” kata ketua penyelidik Ashok Agarwal kepada Reuters Health.

Beliau dan rakannya membuktikan penemuan mereka berdasarkan sampel air mani daripada 361 lelaki yang datang ke klinik kesuburan mereka dalam tempoh setahun. Semua lelaki terbabit disoal mengenai tabiat penggunaan telefon bimbit mereka.

Secara umum, penyelidik mendapati, jumlah sperma dan kualitinya semakin berkurangan dengan tambahan jumlah jam penggunaan telefon bimbit harian.

Lelaki yang mengatakan mereka menggunakan telefon bimbit lebih empat jam sehari mempunyai jumlah sperma purata terendah dan paling sedikit sperma sihat. - Reuters


Moral dari berita ini: kurangkan penggunaan telepon bimbit...jangan bunag masa...luangkan masa anda bersama keluarga dan bersiap sedia menghadapi peperiksaan tahun ini, apa lagi belajarlah..

No comments:

Related Posts with Thumbnails