* Pendidikan Seumur Hidup: 10 Ciptaan Terhebat Sepanjang Sejarah

Wednesday, October 7, 2009

10 Ciptaan Terhebat Sepanjang Sejarah

thomasedison-large

1. Mentol
Thomas Edison tidak mempunyai bakat luar biasa. Beliau hanya memiliki imaginasi dan keinginan yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia. Ciptaan mentol lampunya mengambil masa yang lama dengan perancangan yang teliti, mengulangi ujian dan eksperimen berkali-kali tanpa jemu dengan kegagalan. Akhirnya beliau berjaya menghasilkan mentol lampu yang berjaya menerangi alam ini melalui teknologi ciptaannya. Di peringkat permulaan, pada tahun 1879, mentol-mentol lampunya telah digunakan di bangunan yang menempatkan makmalnya di sebuah jalan di New Jersey. Revolusi perindustrian dan peningkatan permintaan pasaran lampu membuaatkan Thomas Edison menjadi sangat terkenal di dunia hasil dengan hasil ciptaanya.

Henry Ford-Model T

2. Kereta


Henry Ford merupakan seorang pencipta dan usahawan berjaya di zamannya. Sehingga kini kereta Ford masih gah di pasaran dan beliau merubah dunia perindustrian kereta dan kilang pemasangannya bermula pada tahun 1908. Rekaan kereta dan kaedah pengeluaran secara besar-besaran telah menjadikan Amerika sebagai pengeluar kereta utama pada waktu itu.

transistor

3. Transistor

Dalam kebanyakan rekaan, kita tidak dapat melupakan ciptaan transistor. Dunia elektronik dan komputer mungkin tidak akan semaju sekarang sekiranya transistor tidak dihasilkan. Melalui teknologi semikonduktor, peranti elektronik transistor telah menghasilakn pelbagai produk elektrik dan elektronik dan kalkulator sehinggalah komputer tercanggih pada masa kini. Transistor 3 terminal ( source, drain & gate ) dicipta oleh 3 saintis iaitu William Shockley, Walter Brattain dan John Bardeen dan melayakkan mereka menerima Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1956 atas kejayaan mereka.

satellite

4.  Satelit Komunikasi

Satelit komunikasi pertama dunia dicipta oleh unit ketenteraan Amerika dan dilancarkan ke angkasa lepas pada tahun 1958. Satelit tersebut telah memancarkan suara Presiden Eisenhover dari bumi melalui satelit dan kembali ke bumi untuk rakyat Amerika dengan kata-kata ” Through the marvels of scientific advance, my voice is coming to you from a satellite traveling in outer space”. Serentak dengan itu, bermulalah misi saintifik kapal angkasa Apollo yang dilancarkan untuk menghantar satelit mengorbit bumi dan ia menjadi salah satu punca pendapatan utama Amerika dalam dunia telekomunikasi.

mri

5. Imbasan Magnetic Resonan (MRI)

Jutaan nyawa manusia dapat diselamatkan dengan terciptanya alat pengimbas berasaskan Magnetik Resonan yang dapat mengimbas pesakit keseluruhan badannya tanpa sedikit rasa sakit. Ciptaan menakjubkan ini direka oleh saintis Amerika iaitu Raymond Damadian berdasarkan kajiannya tentang Prinsip Magnetik Resonan Nuklear. Alat pengimbas MRI pertama digunakan secara komersial pada tahun 1977.

how-to-use-the-internet

6. Internet

Bermula awal 1960-an, kajian dijalankan oleh pihak ketenteraan Amerika melalui DARPA untuk menghasilkan ARPANET bagi kajian ketenteraan. ARPANET menghubungkan UCLA, Stanford University, UC Santa Barbara dan Universiti Utah pada awal kemunculannya. Kumpulan saintis yang merekacipta ARPANET juga pertama kali menghantar mesej melalui komunikasi emel pada tahun 1971.

laser

7. Teknologi Laser

Laser tergolong dalam antara salah satu ciptaan paling praktikal dan berjaya dalam abad ke-20 di Amerika dengan aplikasinya yang pelbagai dan potensi bisnes teknologi yang diperolehi daripadanya. Albert Einstein mula menerangkan sifat-sifat laser seawal tahun 1917 sehinggalah pada tahun 1960 sekumpulan saintis di Hughes Research Laboratories di California melaporkan kajian mereka tentang keupayaan dan fenomena LASER. Hari ini penggunaan laser digunakan meluas untuk mendengar CD atau menonton DVD, melakukan pembedahan mata (LASIK), mengimbas barcode, sistem pencahayaan di konsert-konsert muzik dan sudah tentu lampu-lampu laser yang terang.

neil_armstrong

8. Misi Menghantar Manusia ke Bulan

Di bawah pentadbiran Eisenhover, Amerika berjaya mendaratkan manusia pertamanya (Neil Armstrong) di bulan pada tahun 1969 melalui Projek yang dijalankan oleh NASA melalui kapal angkasa Apollo. Di era Perang Dingin dengan Kesatuan Soviet, Amerika cuba untuk bersaing melalui teknologi bagi memenangi warga dunia tentang keupayaan mereka menentang komunis dari segi teknologi.

bomb1

9. Bom Atom

Bom atom pertama diuji di New Mexico pada tahun 1945 sebelum digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Ledakan bom atom telah menamatkan Perang Dunia ke-dua. Bom atom direka melalui projek rahsia yang dikenali sebagai Projek Manhattan yang menggabungkan saintis-saintis ternama seluruh Amerika dan saintis-saintis dunia yang berhijrah ke sana.

wright-brothers

10. Kapal Terbang

Dua Bersaudara Oliver dan Wilbur Wright dari Ohio merupakan orang yang pertama menerbangkan pesawat pada tahun 1903. Kejayaan mereka telah mendorong penerokaan dunia pesawat terbang yang telah memendekkan masa perjalanan manusia dari satu benua ke benua lain. Terbang selama 12 saat di kawasan lapang berangin di North Carolina, era sains dan teknologi selepas itu tidak lagi menoleh ke belakang.

Diterjemah secara bebas dari LiveScience

No comments:

Related Posts with Thumbnails