KUALA LUMPUR 31 Jan. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun parah di kaki kirinya akibat tersepit di eskalator hampir satu jam di sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa bersama ibunya sedang menuruni eskalator terbabit untuk ke lobi dan tiba-tiba kanak-kanak itu menjerit kesakitan dan menangis apabila kaki kirinya tersangkut di tangga bergerak itu.
Difahamkan, pihak pengurusan pusat beli-belah itu dan orang ramai cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak malang itu setelah mendengar jeritan ibu mangsa.
Mereka bagaimanapun terpaksa mendapatkan pertolongan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu setelah percubaan mereka gagal.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Damansara ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak pengurusan pusat beli-belah itu kira-kira pukul 11.56 pagi.
Sebuah jentera dengan lima anggota telah bergegas ke lokasi, dan berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak itu dalam tempoh setengah jam.
Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pakar Damansara untuk rawatan lanjut. – Bernama
Sunday, January 31, 2010
Budak lelaki cedera parah kaki tersangkut di eskalator
Posted by educare at 1/31/2010 10:52:00 PM 0 comments
Labels: Berita
Masa Bagi Kanak-Kanak 3 Tahun
"Membesarkan akan pada zaman ini agak mencabar"...itu kata-kata yang sering kita dengar. Anak ku kini dah pun berumur 3tahun lebih...tegah mambesar....banyak soalan...semua benda dia nak tahu...dari sekecil-kecil benda sehingga perkara orang dewasa perkara yang sukar nak jawab....(jawab je dengan hikmah).
Bila kita sebut nombor 1,2, 3 ....dia dah faham turutanya...contoh:
"Ok nanti abah balik ke rumah 2 jam lagi"..
Anak boleh mengagak masa..kalau kita kata
"Ok abah akan balik rumah esok.."
Esok, kelmarin, hujung minggu....adalah perkara yang nampak sukar bagi mereka....apa pasaiya.
Melentur Buluh Mesti Dari Rebungnya
Posted by educare at 1/31/2010 10:43:00 PM 0 comments
Labels: Santai
Friday, January 29, 2010
Belajar Urus Jenazah
PENGURUSAN jenazah adalah fardu kifayah dan wajib dipelajari umat Islam.
Source: Metro
Menyedari hakikat itu, seramai 200 penduduk kawasan perumahan Bukit Rangin, Permatang Badak, Sungai Isap dan Indera Mahkota di Kuantan, Pahang menghadiri kursus sehari kaedah menguruskan jenazah, baru-baru ini.
Kursus anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah (Paid), Kuantan, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip) itu diadakan di Masjid Bukit Rangin dengan dipimpin dua pegawainya iaitu Ahmad Jamaluddin Mohd Salleh dan Norhayati Ibrahim. Norhayati berkata, kursus itu bagi memberi pendedahan mengenai konsep pengurusan jenazah dalam Islam....seterusnya baca metro
Posted by educare at 1/29/2010 06:00:00 PM 0 comments
Labels: Berita
Tuesday, January 19, 2010
Semakan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional & Teknik 2010
Pelajar bolehlah membuat semakan kemasukan di laman web KPM ini:
Semakan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional & Teknik 2010
Posted by educare at 1/19/2010 12:26:00 PM 0 comments
Labels: Berita
Monday, January 18, 2010
How Diesel Engines Work
At the top of the piston stroke, the diesel fuel is injected into the combustion chamber at high pressure, then through an atomizing nozzle, it mixes with the hot high pressured air. The resulting mixture will ignite and burn very rapidly. This combustion will cause the gas in the chamber to heat up rapidly, which increases the pressure and forces the piston downwards.
The connecting rod will transmit this motion to the crankshaft. The scavenging of the engine is either done by ports or valves. To get the most out of a diesel engine, use of a turbocharger to compress the intake of air is vital. You can also use an aftercooler or intercooler to cool the intake air after compression by the turbocharger to further increase your efficiency.
An important part of older diesel engines was the govenor, which limited the speed of the engine by controlling the rate of fuel that was delivered. Unlike gas engines, the air that comes in is not throttled, so the engine would overspeed if this wasn't done. Older style injection systems were driven by a gear system that came from the engine.
The diesel engine is truly an advancement to vehicles as we know it. As technology gets better, you can expect the diesel engine to get better as well, possibly even proving just how much better it is to the gasoline engine.
Posted by educare at 1/18/2010 09:45:00 PM 0 comments
Labels: Sains
Sunday, January 17, 2010
Kenapa Pendidikan Prasekolah Penting
Pertama, anda harus ingat bahawa pendidikan prasekolah merupakan asas bagi pendidikan anak anda. Perkembangan keterampilan dan pengetahuan ( kecerdasan dan sikap) anak anda pada peringkat prasekolah akan memberi kesan yang dramatik terhadap pembelajaran anak anda ketika memasuki sekolah formal dan membawa kepada kejayaan dalam hidup mereka. Hari ini kita mengharapkan anak-anak kita untuk belajar lebih banyak perkara pada saat mereka mula memasuki umur 4-6 tahun( prasekolah). Sementara generasi sebelumnya hanya mula belajar asas-asas seperti pengenalan warna , nombor dan abjad ketika di sekolah formal, manakala anak-anak saat ini ’dimestikan’ untuk mempunyai kemahiran asas ini ketika mereka belajar di prasekolah.
Alasan lain untuk mengambil berat tentang pendidikan prasekolah adalah bahawa dengan memberikan pendedahan awal dan menggalakkan anak anda belajar di prasekolah anda akan memupuk nilai keyakinan diri dalam diri mereka. Di samping itu juga anak anda akan memperoleh kepercayaan diri melalui pelbagai aktiviti ’bermain sambil belajar’ yang pasti menyeronokkan mereka. Pendidikan prasekolah umpama batu loncatan atau platform yang memberikan asas yang kukuh kepada kanak-kanak prasekolah dan momentum pembelajaran yang mereka terima di peringkat prasekolah ini akan membantu membuat anak anda bersemangat belajar seumur hidup mereka.
Akhirnya, pendidikan prasekolah sangat penting kerana dapat memberikan anak anda kelebihan dalam dunia yang kompetitif dan iklim pendidikan. Bagi anak-anak yang tidak menerima asas-asas pembelajaran selama usia prasekolah, mereka akan mula diajar tentang abjad, nombor, bentuk dan warna ketika mereka mula memasuki pendidikan formal mereka (darjah 1). Kanak-kanak ini akan berada di ’belakang’ kanak-kanak yang sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas ini . Adakah anda ingin anak anda berada di kelas ’hadapan’ atau tertinggal di ’belakang’?
Bagi ibu bapa yang tidak mendaftarkan anak mereka melalui program prasekolah formal, anda boleh mengajar anak anda secara tidak formal di rumah jika anda inginkan. Yang penting adalah anda perlu memastikan anak anda belajar kemahiran yang mereka perlu sepertimana yang dipelajari oleh kanak-kanak di kelas prasekolah. Banyak bahan-bahan bantu mengajar dan buku-buku kerja yang boleh anda perolehi di kedai-kedai buku untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan walaupun di rumah.
Anda sebagai ibu bapa atau penjaga harus mengambil berat tentang pendidikan prasekolah kerana pembelajaran prasekolah merupakan asas yang amat penting sebelum kanak-kanak ini memulakan pendidikan formal. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa pendidikan prasekolah boleh meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dan memberikan mereka kemahiran yang mereka perlukan dari semua aspek rohani dan jasmani.
Posted by educare at 1/17/2010 09:25:00 AM 0 comments
Labels: pendidikan seumur hidup
Tuesday, January 12, 2010
Winning AirTickets Is As Easy As 1,2,3
Here
if you missed out on the previous flymas.mobi contest where we were giving out free air tickets, don’t be sad. You have another chance to be in the running to travel to places like exotic Turkey, beautiful Seoul, or very fashionable Tokyo for Free!
Flymas.mobi makes booking flights so easy, and not to mention environmentally friendly with paperless check in. You could just access details like your flight status and latest deals available from the comfort of your mobile.
Isn’t it nice that booking air tickets and flying is so much easier now? You know what else is easy? Joining this video contest is as easy as 1,2,3!
Step 1
Shoot a video of yourself rapping, singing, miming or reciting poetry a la Romeo and Juliet. It’s all up to you. The video has to be about how easy it is to fly with flymas.mobi, i.e. “flymas.mobi, as easy as….”. For example, some ideas that have been running through the Nuffies head are: flymas.mobi is as easy as blogging! Or flymas.mobi is as easy as eating pie!
Step 2
After shooting your awesome video, upload it into Youtube and write a blog entry that includes your video and this link, http://flymas.mobi in either Bahasa Melayu, English or Mandarin.
Step 3
Send your Youtube link and your blog entry’s permalink to flymas.mobi@nuffnang.com. Remember to include your full name, e-mail and mobile number for us to contact you if you win!
And that’s it, you’re all set! The most creative video highlighting how easy with flymas.mobi will win
Grand Prize: 2X return tickets to Istanbul
1st runner up: 2X return tickets to Tokyo/Seoul
2nd runner up: 2X return tickets to any ASEAN destination
The contest ends on 11.59pm, 5 Feb 2010
source : Nuffnang
Posted by educare at 1/12/2010 12:58:00 AM 0 comments
Labels: Pengumuman
Monday, January 11, 2010
2010
2010....tajuk yang terfikir untuk post kali ini...
Tahun ini kita bermula pada hari Jumaat
Lumrah setiap tahun ada saja azam, target dan apa saja lah yang kita buat..kononnya perkara-perkara yang akan kita ubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik...
Alhamdulillah....saya baru je pulang dari Mengubah Sempadan Iman.....satu perjalanan yang sukar diterangkan dalam gambarajah berlabel....apa pun
tibalah masanya kita berhijrah....berubah secara total..
sekiranya kita biasanya malas dalam segala hal..perhatikan sikap kita
Posted by educare at 1/11/2010 10:59:00 PM 0 comments
Labels: motivasi