* Pendidikan Seumur Hidup: 2010

Monday, January 11, 2010

2010

2010....tajuk yang terfikir untuk post kali ini...
Tahun ini kita bermula pada hari Jumaat

Lumrah setiap tahun ada saja azam, target dan apa saja lah yang kita buat..kononnya perkara-perkara yang akan kita ubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik...

Alhamdulillah....saya baru je pulang dari Mengubah Sempadan Iman.....satu perjalanan yang sukar diterangkan dalam gambarajah berlabel....apa pun

tibalah masanya kita berhijrah....berubah secara total..

sekiranya  kita biasanya malas dalam segala hal..perhatikan sikap kita

jika anda malas sembahyang..hai ingatlah..Jgn hanya berlagak alim bila dekat exam, rajin2 lah sembahyang dan banyak berdoa dari sekarang

jika anda tiada cita-cita & tujuan hidup...selamilah diri sendiri, carilah sesuatu matlamat yg bakal menjadikan anda seorang yang berguna untuk keluarga & masyarakat..

Jika anda benci subjek fizik..mulailah belajar menyukainya dan mencintainya..kerana selagi ada rasa benci, amat susah anda hendak memahaminya.. rasa cinta hanya akan hadir jika kita cuba mengenal dan memahaminya dgn penuh tekun & sabar

Akhir kata..jadikanlah tahun ini sebagai pemangkin untuk kita menjadi pelajar & insan yang lebih positif....berubahlah demi kebaikan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails