* Pendidikan Seumur Hidup: Permata Insan lahir generasi al-Quran

Saturday, March 13, 2010

Permata Insan lahir generasi al-Quran

Berita Haran



BANDAR BARU NILAI: Sebuah lagi program kesinambungan Permata Pintar diperkenalkan iaitu Permata Insan yang bertujuan mengenal pasti kanak-kanak pintar seawal usia lapan tahun, yang mempunyai kecenderungan tinggi dalam bidang pengajian Islam terutama al-Quran.


Kecenderungan itu kemudiannya akan dikembangkan ke tahap lebih tinggi dengan mengintegrasikan ilmu akademik dengan ilmu Islam secara sistematik, terancang dan mengikut metodologi betul. Isteri Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata pelaksanaan program itu sebagai permulaan untuk melahirkan kanak-kanak generasi al-Quran yang bakal menjadi tokoh ilmuan Islam. "Bagi memastikan perjalanan program ini dapat dilaksanakan dengan efektif sehingga peringkat antarabangsa, pihak Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) akan bekerjasama dengan Universiti King Abdul Aziz Arab Saudi yang sudah mempunyai program seumpama ini.

"Mereka akan membuat pemantauan dan sudah bersetuju untuk bekerjasama dengan Usim bagi mengadakan perkhemahan musim panas, termasuk membantu memperhalusi komponen al-Quran dalam kokurikulum Permata Insan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Permata Insan di Usim, di sini, semalam. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Naib Canselor Usim, Datuk Muhammad Muda.

Pemilihan kanak-kanak bagi mengikuti Permata Insan dibuat menerusi proses saringan Ujian Kecerdasan (UKM 1) yang berlangsung sepanjang Mac hingga Mei. Selepas melepasi tahap kecerdasan UKM 1, mereka akan disaring menerusi Ujian Usim 1 bagi melihat kecenderungan dalam pengajian agama di samping melihat sahsiah peribadi.

Rosmah berkata, buat permulaan seramai 50 murid pintar agama dari seluruh negara akan dipilih untuk mengikuti kem Permata Insan yang akan diadakan pada Disember depan

No comments:

Related Posts with Thumbnails