Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada usaha daripada syarikat yang menyediakan kemudahan kenderaan awam dalam memastikan perkhidmatan mereka mesra OKU. Terdapat kenderaan bas yang melebelkan stiker kerusi roda untuk menunjukkan bas mereka mesra OKU. Hakikatnya ketika artikel ini ditulis, pelaksanaannya belum sempurna, lebel stiker itu hanya sekadar hiasan. Projek tersebut bak kata pepatah ‘rumah sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi’. Saya tidak ingin memanjangkan komen di sini, bagi persatuan-persatuan OKU yang terlibat dalam usaha menyempurnakannya sahaja yang faham. Bagaimanapun, usaha dan niat murni syarikat bas tersebut boleh dipuji, hanya perlaksanaannya perlu dikaji. Pada pendapat saya: tanyalah pengguna kerusi roda cara terbaik untuk mereka boleh menggunakan bas tersebut sebelum melaksanakannya.
Jika diselidik, kenderaan awam yang amat diperlukan oleh OKU ialah kenderaan awam yang dapat menghantar mereka ‘dari pintu ke pintu’, iaitu perkhidmatan teksi. Malangnya teksi di negara kita bukanlah yang jenis mesra OKU. Walaupun terdapat segelintir pemandu teksi yang amat bermurah hati mengambil pelanggan yang berkerusi roda, namun berapa ramaikah antara mereka? Kadang-kadang masalah yang timbul bukan disebabkan nilai perikemanusiaan mereka, tetapi disebabkan jenis kereta teksi mereka yang tidak dapat mengambil penumpang yang berkerusi roda.
Kita telah lihat betapa hebatnya projek meningkat taraf perkhidmatan teksi di negara kita. Kereta-kereta mewah telah pun dijadikan teksi dengan hanya tambahan tambang yang tidak begitu tinggi, kononnya untuk kelesaan penumpang. Namun adakah jenis teksi yang boleh mengambil penumpang berkerusi roda? Sekiranya kita bandingkan antara pelaburan untuk membeli kereta mewah sebagai teksi eksekutif berbanding dengan kereta yang boleh dimasuki kerusi roda (wheelchair accessible taxi), yang mana memperlihatkan imej pengusaha yang lebih perihatin? Keperihatinan sesebuah negara terhadap pelaksanaan kebajikan rakyatnya juga menjadi kayu pengukur tahap tamadun dan kematangannya dalam isu kebajikan rakyat.
Berikut adalah penerangan terhadap masalah-masalah tersebut:
Berikut adalah penerangan terhadap masalah-masalah tersebut:
1.Sikap pemandu teksi yang merasakan penumpang kerusi roda amat leceh dan melambatkan. Mungkin kebanyakan pemandu teksi mengejaar masa kerana bagi mereka makin cepat tindakan mereka maka makin ramailah penumbang yang dapat diangkut pada hari tersebut.
2.Sikap pemandu yang merasakan penumpang kerusi roda amat merumitkan. OKU kerusi roda memang memerlukan orang lain untuk memasukkan kerusi roda mereka di bonet kereta selepas mereka memasuki kereta. Namun, pemandu teksi merasakan penumpang tersebut hanya mendatangkan masalah kepada mereka.
2.Ruang bonet kereta yang terhad disebabkan balang gas. Kita sedia maklum bahawa kereta teksi di sekitar Lembah Klang kebanyakannya menggunakan kuasa NGV. Maka disebabkan balang gas NGV yang mengambil sebahagian ruang bonet, tiada ruang untuk memasukkan kerusi roda.
Usaha menjadikan negara kita berimej sebuah negara perihatin dan penyayang haruslah dipertingkatkan. Jangan usaha-usaha tersebut hanyalah untuk mendapat publisiti atau kepentingan peribadi. Pihak pengusaha juga perlulah melihat bahawa perkhidmatan kenderaan awam mereka sebagai satu tanggungjawab sosial, bukan hanya menitikberatkan keuntungan semata-mata. Ahli masyarakat pula perlulah memahami keperluan OKU untuk keluar bermasyarakat. Jangan salah guna kemudahan yang disediakan khas untuk mereka sebagai kemudahan diri sendiri, contohnya tempat letak kereta untuk OKU, tandas, dan lain-lain.
Setiap kali apabila terlihat OKU berkerusi roda dalam kegiatan di tempat-tempat awam, saya terlihat betapa cabaran mereka dalam menempuhi hidup ini berbanding kita yang bebas bergerak. Apabila terlihat prasarana pembangunan di sesuatu tempat yang bersifat mesra OKU, terlintas di fikiran ini betapa bagusnya jika kita semua sama-sama dapat menikmati limpahan pembangunan negara yang tercinta ini, semoga Malaysiaku Mesra OKU.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Khas (JPK), Kementerian Pelajaran, Siti Zaharah Mat Akib (2004), masalah utama golongan OKU mendapat pendidikan ialah persekitaran yang kurang membantu. Di negara ini kanak-kanak OKU amat bertuah kerana Jabatan Pendidikan Khas, di bawah kementerian mempunyai program pendidikan khas yang secara tidak langsung dapat membantu golongan ini mendapat pelajaran. Ini juga termasuk menyediakan kemudahan lain seperti pusat pemeriksaan berasingan, penterjemah, alatan khusus seperti komputer, selain tambahan masa, dan kekurangan tenaga dan pakar secara tidak langsung turut menyumbang ke arah ketidakselesaan murid OKU.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Khas (JPK), Kementerian Pelajaran, Siti Zaharah Mat Akib (2004), masalah utama golongan OKU mendapat pendidikan ialah persekitaran yang kurang membantu. Di negara ini kanak-kanak OKU amat bertuah kerana Jabatan Pendidikan Khas, di bawah kementerian mempunyai program pendidikan khas yang secara tidak langsung dapat membantu golongan ini mendapat pelajaran. Ini juga termasuk menyediakan kemudahan lain seperti pusat pemeriksaan berasingan, penterjemah, alatan khusus seperti komputer, selain tambahan masa, dan kekurangan tenaga dan pakar secara tidak langsung turut menyumbang ke arah ketidakselesaan murid OKU.
Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah ini dari masa ke semasa kementerian terus merancang strategi demi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pendidikan khas. Ini termasuklah memperluaskan program ke luar bandar, pendemokrasian pendidikan iaitu pendidikan untuk semua dan mewajibkan pendidikan. Strategi pengajaran yang khusus diperlukan bagi seseorang yang berbeza kerana tiada seorang murid berkeperluan khas serupa dari aspek keperluan pendidikan. (Siti Zaharah Mat Akib, 2004)
No comments:
Post a Comment