* Pendidikan Seumur Hidup: Tarikh Peperiksaan UPSR dan PMR

Wednesday, April 2, 2008

Tarikh Peperiksaan UPSR dan PMR

Tarikh baru UPSR, PMR

KUALA LUMPUR 1 April – Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengumumkan tarikh baru bagi tiga peperiksaan iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun ini.

Tarikh baru bagi UPSR ialah 9 sehingga 11 September, PMR (13-17 Oktober) dan STAM (20-22 Oktober dan 28-29 Oktober).

Bagaimanapun tarikh bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikekalkan pada 12 November sehingga 6 Disember.

Utusan Malaysia, 1 April 2008



No comments:

Related Posts with Thumbnails