Phishing bukannya fishing!!
Mungkin tidak terlaluan nak dikatakan fishing konsepnya sama je cakuk dan ambil... Apa dalam Bahasa Malaysia (maaf kena cari sendiri). Bezanya phishing satu jenayah manakala fishing cari makan. Benda ini mula-mula dikesan dilakukan pada tahun 1996.
Tujuannya adalah untuk mendapat maklumat seseorang seperti username, password, credit card no dan lain-lain lagi bertujuan untuk "mencuri" secara online.
Photobucket salah satu site untuk berkongsi gambar, kita boleh simpan gambar, video disana (free je). Ramai orang menyimpan disana dan sebahagiannya disimpan secara private (kena guna password untuk buka) atau kongsi dengan semua orang. Ini pun dah kena serang oleh phishers.
Lihat gambar diatas nampak sama je dengan site asal. Sure kita tak perasan punya. Maka mereka ini akan menggunakan akaun kita untuk meletakkan kod merbahaya. Ingat dah ramai orang menggunakan site ini untuk menyimpan gambar atau video.
No comments:
Post a Comment