Keluarlah darinya...mungkin
Isu PPSMI mendapat komen yang pelbagai daripada banyak pihak. Ada yang menyokong pengajaran dan pembelajaran didalam bahasa Inggeris dan banyak juga yang membantah. Bantahan datang dari rakyat, NGO's dan perbagai pihak lagi yang ada kepentingan. Kononnya, bahasa kebangsaan akan dipinggirkan. Betulkah? Apa nak jadi dengan sistem pendidikan kita.
Berita terbaru: Kementerian Pengajian Tinggi menerusi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperluaskan penggunaan pengajaran dan pembelajaran interaktif Sumber Online bagi Pembelajaran Bahasa Inggeris (MyLine) di 20 institusi pengajian tinggi (IPT) awam. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementerian memperuntukkan RM4.5 juta membangunkan MyLine termasuk prasarana dan infrastruktur bagi membolehkan program pembelajaran interaktif online itu dapat dibangunkan di semua IPT selain UTM. “MyLine adalah hasil rekaan UTM dan mampu membantu pelajar belajar dan menguasai bahasa Inggeris dengan baik menerusi cara mudah kerana ia berbentuk interaktif contohnya belajar sebutan, tatabahasa dan sebagainya. “MyLine menerima sambutan menggalakkan sejak tiga hari lalu dengan mencatatkan capaian lebih 30,000 walaupun belum dilancarkan dan kementerian akan memantau penggunaannya,” katanya selepas melancarkan kemudahan itu untuk semua IPT awam di sini, semalam.
Wah...belanja yang besar.....adakah kita akan terus tidur lena tanpa ingin belajar atau menguasai bahasa kedua ini....adakah ini realiti atau politik semata-mata..Bagaimana dengan kempen Pendidikan Seumur Hidup
Jalan-jalan adikberadik- Pulau Pinang 2
7 years ago
No comments:
Post a Comment