* Pendidikan Seumur Hidup: Pelajar luar negara boleh dapat PR

Monday, July 5, 2010

Pelajar luar negara boleh dapat PR

PUTRAJAYA 5 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi akan mengkaji cadangan untuk menawarkan pemberian taraf penduduk tetap (PR) kepada pelajar dari luar negara sebagai langkah menggalakkan pelajar berkenaan berkhidmat di negara ini sebaik menamatkan pengajian.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemberian PR itu bukan untuk semua pelajar sebaliknya kepada penuntut yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) serta yang ditaja kementerian.
"Mungkin kita akan tawarkan mereka berkhidmat sebagai pensyarah atau penyelidik tetapi penawaran bukan kepada semua pelajar sebaliknya pelajar yang benar-benar kreatif serta berkemahiran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, di samping usaha untuk menarik minat rakyat tempatan kembali berkhidmat di negara ini, usaha menarik minat rakyat luar berkhidmat di Malaysia juga perlu.
"Kita tidak boleh menghalang rakyat tempatan berkhidmat di negara lain, sekarang kita kena bertindak secara adil dan jujur dengan berusaha mencari bakat dari negara luar pula,” katanya. - Bernama

No comments:

Related Posts with Thumbnails