* Pendidikan Seumur Hidup: December 2008

Friday, December 19, 2008

Effective Communication


We’ve all seen spam emails and hyped-up sales pages that look so sleazy. We see large fonts, boldface, red text, and sometimes even blinking text. Everyone claims to be able to change your life with this one secret you absolutely need. Effortless abundance is there for the taking, but you must ACT NOW because they only have one product left.

But while they’re screaming at you and telling you why they want you to buy it, they’re sending an even stronger message with the words they’re not saying. The fine print may say “results not typical” or “these are paid actors,” but they sure don’t want you to see that, lest it destroy the perfect illusion they’re trying to create.

They’re not trying to help people understand the pros and cons of the product so they can figure out if the product is right for them. Instead, they’re trying to just cram it down everyone’s throats and pressure people into buying.

We’ve all seen this, and we all despise it. Even in one-way media like television, communication is still meant to be a two-way street. The problem is essentially that they’re talking AT people instead of talking WITH them. But is it possible we’re doing similar things without realizing it?

It Starts With The Other Person

When we’re having a conversation with someone, we often have things on our mind that we’re eager to share. That’s fine. But more important than our interest in talking is the other person’s interest in listening. It’s easy to get so caught up in recounting our latest adventure, that we don’t even notice that the person we’re talking to isn’t interested, or they don’t have time to talk, or they don’t understand something.

So start by focusing on the other person. What kind of mood are they in? If it looks like something is bothering them, maybe they have something they need to share before you describe the vacation you just came back from. If they’re avoiding eye contact, turning away, or even looking at their watch, that’s a sign that for whatever reason, they’re not ready to listen to you. Don’t force them.

Don’t just keep talking and talking, but involve the other person. When watching a formal presentation you may have to hold all your questions for the end, but you don’t need to have such a rule in normal conversation. Pause once in a while to hear what they have to say. It should be back and forth, not one-way.

When You’re Selling Something

We all have pretty sensitive sales pitch detectors that go off whenever someone wants to sell us something. Sell is a four-letter word, but it’s not inherently a bad thing. And we all do it. Asking for a favor, asking for a raise, asking for a date–it’s all selling.

Whenever you want someone to do something, it’s extremely important to communicate in a natural, non-sales pitchy way. If you think about it, people usually do a good job of asking someone to marry them. No one goes up to a stranger and says “Are you ready to change your life? If you’re SERIOUS about living the life you’ve always wanted, you’ll need to MARRY ME NOW before this exclusive offer expires!”

No, they build up the relationship over time, understand the other person’s needs, and show that there’s a good fit between them. And that same kind of thing, usually on a smaller scale, is what we need to do whenever we want someone to do anything.

Sometimes I get an email from someone asking if I want to advertise on their site, promote their product, etc. These emails almost always sound like canned sales pitches, and I’m sure they’re just sending out a form letter to everyone. But no one wants to be treated like just another prospect.
You don’t expect to withdraw money from the bank before you first make a deposit. And you shouldn’t expect to grab someone’s interest before you get to know them. Otherwise, you’re just another ad screaming at them. Why should they care? How will they benefit? They can’t know unless you’re willing to be a real person to them.

It’s just the golden rule, you know. Treat people how you’d like to be treated. And you’d like for people to talk WITH you, not AT you

source : Hunter Nuttall

Thursday, December 18, 2008

Kedudukan PPSMI diputuskan



Akhirnya PPSMI telah diputuskan kedudukanya!!

Persidangan meja bulat oleh pakar-pakar memutuskan bahawa ada 7 pilihan:

1. Meneruskan PPSMI seperti sedia ada.
2. Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah.

3. Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah.
4. Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah.

5. Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah.

6. Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah, dan

7. Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.


sebahagian petikan berita dari BH

Pilihan itu dirumuskan selepas lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI diadakan, yang disertai tokoh akademik, penyelidik, parti politik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pakar dari Lembaga Pentaksiran dan Kurikulum Victoria, Australia (VCAA), William Perrin, turut menyertai persidangan semalam.

Ia diadakan bagi meneliti serta membahaskan semua laporan kajian, tinjauan dan pemantauan berkaitan PPSMI yang mencetuskan kontroversi berikutan desakan sesetengah supaya kerajaan mengkaji semula pelaksanaannya.

PPSMI yang bermatlamat meningkatkan kecekapan pelajar sekolah rendah dalam bahasa Inggeris dimulakan dengan projek perintis lima tahun pada 2003.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, pada sidang media selepas mempengerusikan persidangan itu, berkata laporan rumusan berkenaan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, secepat mungkin sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri.

“Hishammuddin sedang melakukan lawatan kerja ke luar negara dan dijangka balik dalam masa beberapa hari ini untuk meneliti opsyen yang ada.

“Saya ingin tegaskan bahawa persidangan meja bulat atau keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 tidak menentukan keputusan mengenai PPSMI, tetapi ia akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri untuk keputusan muktamad,” katanya.

Mengenai persiapan untuk pengajaran Sains dan Matematik bagi sesi persekolahan akan datang, Wee berkata, dasar PPSMI tidak akan diubah sehingga pengumuman dibuat di peringkat Jemaah Menteri.

“Jika tidak ada pengumuman, maka secara konvensinya tiada perubahan akan berlaku (pada sesi persekolahan akan datang). Sehingga ada pengumuman, apa yang perlu diubah akan disusuli dengan tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau juga berkata keputusan mengenai PPSMI tidak akan dijalankan atas kepentingan politik, tetapi dibuat secara profesional.

“Datuk Seri Hishammuddin sendiri mengecualikan diri daripada persidangan meja bulat siri pertama hingga kelima supaya beliau pada peringkat akhir dapat menerima pandangan semua pihak.

“Jadi saya tidak mahu ada yang sangka bahawa kerajaan membuat keputusan mengenai PPSMI tanpa menerima pandangan pelbagai pihak,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yang turut menyertai persidangan itu, berkata perkara penting yang diambil kira dalam merumuskan pelaksanaan PPSMI adalah untuk memastikan pelajar dapat memahami dan menguasai dengan mudah kedua-dua mata pelajaran terbabit.

"Ini penting supaya pelajar dapat memahami sepenuhnya konsep pembelajaran Sains dan Matematik, sekali gus meningkatkan kebolehan mereka berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif.

"Penggunaan bahasa Melayu sudah terbukti mampu melahirkan ramai golongan profesional dan saintis sebelum diperkenalkan PPSMI. Di negara maju, contohnya Jepun, Perancis dan Korea, mereka tetap boleh membangun walaupun menggunakan bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris pula boleh terus dipertingkatkan menerusi pendekatan lain, seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selain memantapkan penguasaan bahasa itu oleh tenaga pengajar.

Permohonan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan Tahun 2009

Program ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan layak untuk mengikuti kursus-kursus ikhtisas di Peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan dan Luar Negara secara Sepenuh Masa.

Syarat kelayakan, kod & bidang kursus ditawarkan serta tatacara permohonan on-line eHLP boleh dilayari di tahun 2009 boleh dilayari Laman Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 3 Disember 2008.

* Tawaran ini tidak termasuk PPPS yang berkhidmat dengan Jabatan / Bahagian di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Politeknik dan Kolej Komuniti.

* Tarikh tutup: 5 Januari, 2008.

Friday, December 12, 2008

Sistem Sekolah Rendah Dirombak


Sistem Pendidikan Malaysia akan dirombak?

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Kementerian Pelajaran akan merombak pendidikan di peringkat sekolah rendah menjelang 2010 dengan mempertimbangkan kewajaran menjadikan sejarah sebagai salah satu mata pelajaran khusus. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu dilihat sejajar dengan usaha kerajaan menyemai dan mengukuhkan integrasi nasional di kalangan generasi muda. Katanya, rombakan itu yang menjadi sebahagian agenda utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), akan diteliti secara holistik oleh pihak yang mempunyai kepakaran. Beliau berkata, aspek penting lain yang perlu diberi penekanan ialah cara negara mencapai kemerdekaan dan gandingan rakyat pelbagai kaum dalam mengisi kemerdekaan. ‘‘Bagi mencapai hasrat ini, pembabitan agensi seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dalam usaha memperkasakan nilai murni dan semangat patriotisme amat penting dan kementerian akan memberi sokongan penuh. ‘‘Kita juga akan memperhebatkan usaha menyampaikan maklumat dan fakta sejarah yang betul kepada masyarakat. Sejarah tidak akan berubah dan tidak boleh dipolemikkan atau dipolitikkan kerana ia adalah fakta,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Perjanjian Lama dan Dokumen Lama Malaysia (1791-1965) di Bangunan Parlimen di sini, hari ini. Buku tersebut yang diterbitkan oleh ITNM dilancarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Buku itu yang menghimpunkan 26 perjanjian serta dokumen penting negara diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris adalah penerbitan pertama di Malaysia dan keempat seumpamanya di dunia. Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyarankan supaya Sejarah dijadikan subjek wajib di peringkat sekolah rendah untuk memastikan generasi muda mempunyai kefahaman mendalam tentang sejarah negara. Menurut Abdullah, bagi tujuan itu juga, Kementerian Pelajaran perlu menjadikan pengajaran mata pelajaran Sejarah sebagai sebuah subjek yang menarik dan bukan dianggap oleh pelajar sesuatu yang membosankan. Sementara itu, diminta mengulas pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, Hishammuddin berkata, kementerian mengekalkannya kerana keputusan itu diambil demi masa depan negara. Katanya, kementerian sentiasa mengambil berat setiap aduan berkenaan program itu dan mengadakan mesyuarat dengan semua pihak bagi mempertimbang perubahan selain mengkajinya secara terperinci. ‘‘Oleh itu, ugutan membuat demonstrasi terhadap isu itu adalah pelik. Terserah kepada mereka kerana kita menelitinya demi masa depan negara. Bersandarkan akal rasional dan matang kita mendapati ia mekanisme yang tepat,” katanya. Terdahulu, dalam ucapannya, Hishammuddin berkata, buku Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia memperlihatkan bagaimana Raja Melayu di Semenanjung suatu ketika dulu diperdaya untuk menyerahkan kuasa atau menerima masuk penasihat Inggeris ke negeri Melayu. ‘‘Buku ini turut memuatkan Ordinan Darurat dan Perjanjian Persekutuan pada 1948 sehingga Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 1965,” katanya.

sumber: Utusan Malaysia

Thursday, December 11, 2008

Kalendar Persekolahan Tahun 2009

Walaupun kita semua masih bercuti tetapi kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan tahun hadapan tentu tak senang...masa ini masa yang sesuai untuk membuat perancangan. Pasti kita dah tahu..bab mana yang kita lemah...apa tindakan kita..


Lepas ni kita akan bincangkan apa tindakan kita untuk menghadapi 2009 kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan BESAR tahun 2009.

Sila penuhi cuti anda dengan mempelajari sesuatu..ingat apa ertinya ...!!!!

Pendidikan Seumur Hidup

Bukit Antarabangsa Runtuh Lagi 2009

Apa Yang Boleh Kita Pelajari dari berita ini??

Pendidikan di sekolah menitikberatkan tentang nilai. Guru merupakan orang yang bertanggungjawab menerapkan nilai murni ini..siapakah yang bertanggungjawab kepada masyarakat. Baca berita ini..

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Pergerakan tanah yang sedang berlaku di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang sekarang dijangka menyebabkan satu lagi kejadian tanah runtuh di kawasan itu dalam tempoh kurang daripada enam bulan selepas tragedi besar yang mengorbankan empat nyawa, Sabtu lepas.

Pensyarah Jabatan Sains Ukur dan Geomatik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Syed Jamaludin Syed Ali berkata, pergerakan tanah itu akan mengakibatkan tragedi tersebut berulang dan kali ini mungkin lebih dahsyat lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tempoh itu akan menjadi lebih singkat seandainya tanah berkenaan bergerak lebih laju akibat dibantu faktor kekerapan hujan seperti yang sedang berlaku sekarang.

“Secara logiknya pergerakan tanah sedang berlaku selepas kejadian pertama minggu lepas. Kita tidak menolak kemungkinan satu lagi kejadian akan terjadi dalam masa kurang daripada enam bulan dari sekarang.

“Pengetahuan ini memang menjadi teknik pemantauan yang digunakan pakar-pakar dalam bidang ini. Kajian sistematik juga tidak menolak kejadian tanah runtuh akan berulang lagi di sana,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini yang mengorbankan empat nyawa, menyebabkan lebih 3,000 penduduk kawasan itu diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing kerana keadaan tidak selamat.

Dr. Syed Jamaludin memberitahu, pergerakan yang berlaku di dalam tanah di kawasan itu seharusnya disedari dan tidak dinafi oleh mana-mana pihak.

“Realitinya ialah tanah itu sedang bergerak dan pergerakan tersebut bakal membawa bencana susulan seandainya tiada langkah segera diambil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak berkuasa perlu memantau kawasan berkenaan secara berterusan dan mengkaji risiko susulan yang akan berlaku seandainya penduduk masih dibenarkan tinggal di sana.

Jelasnya, sejarah sudah membuktikan kawasan itu tidak selamat dan pihak berkenaan seharusnya tidak menanggung risiko dengan terus membenarkan penempatan dibuat di Bukit Antarabangsa.

“Pihak berkuasa perlu memantau dengan teliti masalah ini. Sebenarnya tiada alasan lagi untuk membiarkan risiko itu terus dibebankan ke atas penduduk di kawasan itu.

“Banyak kes sudah berlaku di sana dan banyak nyawa sudah terkorban akibat kejadian tanah runtuh. Tiada lagi orang yang perlu tinggal di sana dan terus berhadapan dengan trauma ini,” katanya.

Dua pergerakan tanah dikesan kurang daripada 24 jam selepas kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu.



sumber: Utusan Malaysia,WAN SYAMSUL AMLY

Related Posts with Thumbnails