* Pendidikan Seumur Hidup: Buku teks baru Sains, Matematik dalam BM siap akhir 2010

Thursday, August 6, 2009

Buku teks baru Sains, Matematik dalam BM siap akhir 2010

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Ogos — Buku teks mata pelajaran Sains dan Matematik yang akan kembali diajar dalam Bahasa Melayu pada 2012 dan mengandungi huraian sukatan pelajaran yang baru dijangka siap menjelang akhir tahun depan, kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Termuzi Abdul Aziz.

“Sekarang huraian sukatan pelajaran itu sedang disediakan oleh Kementerian Pelajaran, kemudian baru ia dihantar ke DBP untuk disediakan buku teks,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran buku-buku terpilih Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang dilancarkan oleh Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah di DBP di sini hari ini.

Termuzi berkata proses menerbitkan semula buku teks mata pelajaran Sains dan Matematik telah bermula Julai lepas.

Beliau berkata penilaian dan proses yang lebih teliti diambil bagi memastikan keputusan yang dibuat oleh kerajaan memansuhkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, akan dilaksanakan dengan jayanya.

— BERNAMA

No comments:

Related Posts with Thumbnails