* Pendidikan Seumur Hidup: H1N1 Terkini

Saturday, August 15, 2009

H1N1 Terkini

H1N1 Situasi Terkini 



Sehingga jam 8.00 pagi pada 15 April 2010,  Kementerian telah menerima sejumlah  tujuh (11)  laporan kejadian kluster ILI daripada lima (5) buah negeri seperti di ‘Lampiran 1’.

Sementara itu, sehingga jam 5:30 petang 14 April 2010, jumlah terkumpul kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 528 kes. Daripada jumlah tersebut, 68 kes (12.9%) telah disahkan positif influenza A(H1N1), manakala lapan (8) kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) adalah 12, 971 kes. Tiada laporan kematian yang diterima semalam. 
Kementerian Kesihatan ingin terus mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan Influenza A(H1N1) terus aktif di dalam komuniti.  Masyarakat harus sentiasa  mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah dihebahkan sebelum ini. Orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti ibu hamil, menghidapi penyakit kronik seperti asma, diabetes, buah pinggang, jantung dan lain-lain, perlu segera mendapatkan pelalian vaksin A(H1N1) di  104 fasiliti Kementerian seluruh Negara. Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.
Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 15 April 2010

 Situasi Global
Di peringkat antarabangsa, penularan jangkitan influenza A(H1N1) masih lagi aktif khususnya di Asia Tenggara, Afrika Barat dan Afrika Timur serta negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara seperti di Eropah Timur dan Selatan, Asia Selatan dan Timur. Sehingga 21 Mac 2010, jumlah kematian akibat jangkitan influenza A(H1N1) di seluruh dunia adalah melebihi 16,931 kes, iaitu meningkat sebanyak 118 kes(0.7%) berbanding dengan minggu sebelumnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails