Takwim Peperiksaan Bagi Tahun 2009
|
| |||||||
|
| |||||||
|
| |||||||
|
| |||||||
|
| |||||||
| ||||||||
|
| |||||||
|
| |||||||
| ||||||||
|
|
PERTH 9 Ogos - Kerajaan mempunyai pelan luar jangka bagi mengendalikan peperiksaan umum di sekolah-sekolah jika pandemik selesema babi atau Influenza A(H1N1) bertambah buruk, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Jika tarikh (peperiksaan sekolah kerajaan) perlu dipinda, saya sebagai menteri akan mengkaji (semua) kemungkinan. Hanya jika keadaan tidak dapat dibendung,” katanya ketika ditanya berhubung perkara itu di akhir lawatan rasmi lima hari ke Perth.
Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berharap keadaan itu tidak akan ke peringkat itu.
“Kita tidak boleh membuat ramalan. Keadaan itu mungkin lebih baik minggu depan (siapa tahu). Saya tidak mahu membuat ramalan yang keterlaluan,” katanya.
Oleh itu, beliau berkata buat masa ini semua jadual peperiksaan umum sekolah akan berjalan seperti yang dijadualkan.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment